Kerajaan Kaji Kenaikan Harga Pakej Astro ~ huluselangor.com

 

Kerajaan akan mengkaji samada Akta Kawalan dan Anti Pencatutan 2010 boleh digunapakai dalam isu kenaikan harga pakej diumumkan stesen televisyen satelit Astro, Selasa lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian ini perlu dilakukan bagi melindungi kepentingan pelanggan stesen televisyen itu.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB/MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
“Boleh sebenarnya, Akta Pencatutan ini bukan sahaja untuk harga barangan tetapi juga untuk perkhidmatan. Walau bagaimanapun, kita akan tengoklah. Kita akan tengok secara detail.”

Akta yang dikuatkuasakan April lalu itu dapat menghalang syarikat atau peniaga daripada menaikkan harga barangan ataupun perkhidmatan tanpa alasan munasabah.

Selasa lalu, Astro mengumumkan syarikat itu bakal melakukan beberapa pelarasan kepada pakej-pakej yang ditawarkan berkuat-kuasa 11 Julai depan.

Pelarasan dijangka akan menyebabkan kenaikan harga pakej sehingga RM15 sebulan bagi pelanggan.

 

HomeBERITAKerajaan Kaji Kenaikan Harga Pakej Astro

Berkaitan

POPULAR