Keputusan terkini #PRNSabah [Live Update]

0
654

Tidak Rasmi:
WARISAN Plus (Warisan, UPKO, PKR, DAP, Amanah) : 32
GRS (BN/PN/PBS): 38
USNO 0
BEBAS – 3

12.00 : Sidang media SPR sebentar tadi mengesahkan GRS menguasai 37 kerusi DUN sekaligus menang PRN Sabah dan akan menubuhkan kerajaan baru dengan majoriti mudah.

Dalam sidang media yang sama SPR mengumumkan keputusan rasmi Warisan Plus menang di 26 kerusi manakala Bebas 2 kerusi.

23.52 : Laman sesawang SPR melaporkan keputusan rasmi setakat ini meyaksikan Warisan Plus menambah jumlah kerusi kepada 31. Manakala GRS meningkat kepada 38 kerusi dan Bebas kekal 3 kerusi.

Majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri baru ialah menguasai 37 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

23.41 : Berdasarkan keputusan rasmi SPR yang terkini dari laman sesawangnya, GRS (BN,PN dan PBS) menang di 37 kerusi DUN. Warisan Plus (Warisan, PKR, DAP, UPKO) menang di 28 kerusi DUN, diikuti tiga kerusi dimenangi calon Bebas.

23.38 : Keputusan rasmi dari laman sesawang SPR menunjukkan GRS (BN, PN dan PBS) menang 35 kerusi DUN, sementara Warisan Plus (Warisan, DAP, UPKO, Amanah dan PKR) menang di 28 kerusi DUN. Tiga kerusi DUN dimenangi calon Bebas.

23.31 : Keputusan rasmi dari laman sesawang SPR menunjukkan GRS (BN, PN dan PBS) menang 28 kerusi DUN, diikuti Warisan Plus (Warisan, DAP, UPKO dan PKR) menang 25 kerusi DUN. Tiga kerusi DUN dimenangi calon Bebas.

23.25 : Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan GRS terdiri daripada BN, PN dan PBS menang di 39 kerusi DUN, sementara Warisan menang 30 kerusi termasuk 6 DAP, 1 PKR dan 1 UPKO.

Tiga kerusi dimenangi calon Bebas. Manakala kerusi DUN Pintasan yang sebelum ini yang dikatakan dimenangi calon Usno (Pandikar Amin Mulia) dilaporkan membuat pengiraan semula.

23.25 : keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan GRS terdiri daripada BN, PN dan PBS menang di 39 kerusi DUN, sementara Warisan menang 30 kerusi termasuk 6 DAP, 1 PKR dan 1 UPKO. Manakala 3 kerusi dimenangi calon Bebas.

23.18 : Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serah kepada UMNO dan Sabah runding siapa calon Ketua Menteri selaras dengan kuasa autonomi yang diberikan kepada parti itu di Sabah.

“Biar orang Sabah yang tentukan ketua menteri tanpa ada telunjuk yang menunjukkan siapa orang itu sama ada dari Kuala Lumpur atau Putrajaya,” kata Ahmad Zahid menerusi siaran langsung di Facebook beliau sebentar tadi.

23.05 : Calon Warisan dilaporkan menang di DUN Kukusan dengan kelebihan 10 undi majoriti, menewaskan calon BN.

22.35 : Keputusan rasmi dari laman sesawang SPR menunjukkan GRS (BN, PN dan PBS) menang 24 kerusi, manakala Warisan menang 24 kerusi temasuk masing-masing satu kerusi dimenangi PKR dan UPKO. Sementara 2 kerusi dimenang calon Bebas.

22.30 : Calon GRS dari PBS dan calon PKR bagi DUN Inanam dilaporkan masing-masing isytihar menang kerusi tersebut dalam PRN kali ini. Pada PRU14 lalu DUN Inanam dimenangi PKR.

22.27 : Pemimpin Warisan, Azhar Matussin cuba yakinkan penyokong bahawa parti itu masih ada harapan kekal memerintah Sabah. Beliau turut mendakwa pengisytiharan GRS menang hanya wayang sahaja.

22.15 : Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengundi, jentera dan seluruh rakyat Sabah.

21.59 : Setakat ini GRS menerusi kerjasama BN, PN dan PBS menang di 37 kerusi DUN seperti berikut;

BN (1. Tanjung Batu, 2. Sugut, 3. Sukau, 4. Lamag, 5. Tempasuk, 6. Sungai Sibuga, 7. Pantai Manis, 8. Usukan, 9. Sungai Manila, 10. Darau, 11. Karambunai, 12. Pantai Dalit, 13. Bengkoka, 14. Balung, 15. Tanjung Keramat)

PN /Bersatu (1. Karanaan, 2. Labuk, 3. Sulaman, 4. Kuala Penyu, 5. Nabawan, 6. Bandau, 7. Klias, 8. Tandek, 9. Membakut, 10. Kawang)

PN /STAR (1. Bingkor, 2. Tambunan, 3. Liawan, 4. Tulid, 5. Sook, 6. Paginatan)

PBS (1. Kundasang, 2. Kiulu, 3. Tamparuli, 4. Telupid, 5. Tandek, 6. Pintasan, 7. Matunggong)

21.55 : Bung Moktar Radin (GRS/BN) yang menang kerusi DUN Lamag ucap terima kasih kepada rakyat Sabah yang mengundi untuk perubahan.

21.45 : “Dengar ada kapal tengah karam malam Ini? Kat mana?,” tanya Najib di Facebook beliau sebentar tadi, dipercayai merujuk kepada keputusan PRN Sabah.

21.38 : Keputusan rasmi SPR, calon GRS (PN) Hajiji Noor menang di DUN Sulaman.

21.27 : Bekas Naib Ketua PKR Cabang Kudat, Rudy Awah menang kerusi DUN Pitas atas tiket Bebas. Pada 18 Julai lalu, beliau mengetuai lebih 3,000 ahli PKR keluar dari parti itu.

21.25 : Bekas Speaker, Pandikar Amir Mulia menang kerusi DUN Pintasan. Beliau merupakan satu-satunya calon parti Usno yang menang setakat ini.

21.20 : Lokasi pemimpin Warisan berkumpul di Rumah Yayasan Sabah, di Likas agak suram. Puluhan petugas media yang berada di sini masih ternanti-nanti kemunculan Presiden Warisan, Shafie Apdal.

21.18 : SPR mengumumkan keputusan rasmi calon Warisan menang di kerusi DUN Sulabayan

21.08 : GRS menerusi Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin isytihar menang PRN Sabah setelah keputusan tidak rasmi menunjukkan BN, PN dan PBS menang 37 kerusi setakat ini. Jumlah keseluruhan kerusi DUN Sabah ialah 73 kerusi.

21.05 : Setakat ini dilaporkan tiga kerusi DUN dimenangi calon Bebas (Pitas, Kuamut dan Kemabong)

20.52 : Keputusan tidak rasmi menunjukkan GRS melalui BN, PN dan PBS menang di 35 kerusi DUN, semakin hampir menguasai semula kerajaan Sabah. BN (UMNO) 15 kerusi, PN (Bersatu) 9 kerusi, PN (Star) 5 kerusi dan GRS (PBS) 6 kerusi

20.51 : Keputusan tidak rasmi setakat ini Warisan menang 21 kerusi DUN termasuk 6 dimenangi DAP dan 1 PKR.

20.45 : Calon parti Usno dilaporkan menang di DUN Pintasan.

20.40 : GRS melalui BN (UMNO) dilaporkan telah menawan kembali 3 kerusi DUN yang dikuasai Warisan seperti Sekong, Pantai Manis dan Karambunai, manakala Warisan berjaya menawan satu kerusi, DUN Sebatik dari BN.

20.38 : Presiden Star, Jeffrey Kitingan (GRS/PN) dilaporkan menang di DUN Tambunan

20.35 : SPR mengumumkan keputusan rasmi DUN Labuk dimenangi GRS (PN)

20.25 : Keputusan rasmi SPR mengesahkan GRS melalui Barisan Nasional (BN) menang dan merampas kerusi N.29 DUN Pantai Manis dengan majoriti lebih 2,000 undi.

20.23 : Calon Bebas dilaporkan menang kerusi pertama di DUN Kuamut, yang sebelum ini dikuasai UPKO menerusi tiket BN, sebelum bersekutu dengan Warisan.

20.17 : GRS (PN) dilaporkan menang di kerusi DUN Apas.

20.12 : GRS (PN) dilaporkan menang di DUN Bingkor dan Karanaan

20:09 : Setakat ini dilaporkan GRS terdiri dari BN, PN dan PBS dilaporkan menang di 12 kerusi DUN seperti berikut; – Lamag, Sukau, Sg Manila, Sugut, Pantai Manis, Darau, Karambunai, Pantai Dalit, Tg Batu, Usukan, Sulaman dan Bandau.

20:06 : GRS (PN) menang kerusi DUN Bandau

20:01 : Presiden UPKO (Warisan Plus) dilaporkan tewas kepada PBS di kerusi DUN Kiulu

19.54 : Calon GRS (BN) dilaporkan merampas kerusi DUN Pantai Manis yang sebelum ini dikuasai Warisan pada PRU14 lalu.

19.50 : Timbalan Presiden Warisan Darrel Ignatius Leiking mendahului kiraan tidak rasmi DUN Moyog, diikuti PN (Star) dan calon PBS.

19.48 : Calon GRS (PN) dilaporkan menang di kerusi DUN Paginatan

19.47 : Calon Warisan dilaporkan mendahului pengiraan undi di DUN Tanjung Keramat

19.44 : Kerusi DUN Sukau dan Tanjung Batu dimenangi calon GRS (BN)

19.43 : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri dari BN, PN dan PBS menang di N39 Tambunan, N12 Sulaman dan N32 Klias

19.40 : DAP dilaporkan mengekalkan kerusi DUN Luyang, Kapayan, Elopura, Sri Tanjong

17.00 : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah telah menamatkan pengundian sebentar tadi jam 5 petang. Kiraan undi dijangka akan dibuat mulai jam 5.30 petang di pusat pengundian daerah sebelum keputusan dihantar kepada pusat perjumlahan undi.

Beberapa peti undi yang ditutup seawal jam 3 telah pun memulakan kiraan awal. Keputusan-keputusan awal tidak rasmi dijangka akan mula diketahui sekitar jam 6.30 petang. Kami akan cuba membawa keputusan-keputusan tidak rasmi dari semasa ke semasa.

PRN kali ini menyaksikan 73 kerusi dipertandingkan. Parti yang mahu membentuk kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya sokongan 37 Ahli Dewan Undangan Negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.