Kenapa sekarang? JAWI dan Mufti Wilayah boleh halang penggunaan masjid lebih awal

Saya sengaja umumkan untuk bersumpah 2 hari lebih awal.

Tujuan saya buat begitu adalah memberi ruang untuk pihak berkuasa agama seperti JAWI dan Mufti Wilayah membantah atau menghalang saya.

Ini bukan kali pertama saya lakukan begini. Saya pernah mengumumkan untuk bersolat Jumaat di Masjid Ar-Rahman (UM) lebih awal. Namun atas kesukaran dari pentadbiran masjid, saya batalkan hasrat, dan tunaikan solat di Masjid Kerinchi yg berhampiran.

Ya, saya orang yang mudah dibawa bincang.

Jika ada bantahan awal, sudah pasti saya akan menarik kembali hasrat saya.

Malangnya tiada.

Selepas dua hari saya bersumpah, maka JAWI dan pejabat mufti WP secara serentak mengeluarkan kenyataan.

Mungkin ianya kebetulan.

Walaupun begitu, saya tetap mengambil nasihat dan kritikan dengan hati yang terbuka.

Hati saya cukup berat, ya mungkin Allah bagi saya petunjuk kepada saya bahawa isu bersumpah akan menjadi polemik besar.

Dan saya berdoa dengan kemuliaan yang Allah berikan kepada Saad bin Abi Waqqas atas doa beliau.

Saya kongsikan kembali doa itu.

“… Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggamanMu.

Ya Allah! Aku berdoa sebagaimana doa yang diucapkan oleh Saad bin Abi Waqqas terhadap mereka yang telah memfitnah, berdusta dan cuba menganiaya diriku,

Ya Allah Azza wa Jalla, jika mereka itu berdusta, berdiri kerana riya’ atau sum’ah, maka panjangkanlah umurnya, jadikan kehidupan mereka dalam kefakirannya dan hadapkanlah dia kepada fitnah dan pembalasan-Mu Ya Allah.

Ya Allah! Sekiranya aku tidak bersalah dan tuduhan mereka itu ternyata dusta, timpakanlah laknat-Mu ke atas mereka dan timpakanlah laknat-Mu ke atas ahli keluarga mereka. Sesungguhnya azab Mu amat berat sekali….”

Ya, anda lebih faqeh dalam bidang agama. Dan anda lebih tahu kesan doa orang teraniaya.

Facebook Najib Razak

More From Forest Beat

Hakim Beri Kata Dua Kepada Najib – Hadir Prosiding Atau Kena...

Mahkamah Rayuan hari ini memberi kata dua kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan peguamnya untuk hadir prosiding kes SRC International Sdn Bhd secara...
NAJIB RAZAK
2
minutes

[Video] Menteri Undang-undang hanya tahu berkaitan bayaran kepada suami Zeti pada...

YB Baling bertanya berkaitan kes Zeti dan Menteri Undang-undang secara rasmi menjawab di parlimen. Bahawa polis hanya tahu berkaitan suami Zeti dibayar hampir RM700 juta...
NAJIB RAZAK
1
minute

Indonesia terima RM270 bilion pelaburan UAE, Malaysia 0

Jan 2020: UAE labur RM93.5b ke Indonesia Mac 2021: UAE labur RM41b ke Indonesia Nov 2021: UAE labur RM136b ke Indonesia RM93.5b+RM41b+RM136b = RM270.5b. Sejak PRU14, Malaysia dapat...
NAJIB RAZAK
3
minutes

Kerajaan yang bagi pilihan 3 bidang tanah

Bekas perdana menteri, Najib Razak mengakui ada membuat permohonan untuk mendapatkan tanah dan rumah di ibu negara mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan). Bagaimanapun Najib berkata...
NAJIB RAZAK
1
minute
spot_imgspot_img