Kenapa lapor angka kematian yang jauh di bawah angka sebenar selama berbulan-bulan lamanya? soal Najib

0
488

Mengikut KKM, jumlah kematian Covid sebenar dari 592 yang dilaporkan semalam adalah 100, sementara selebihnya adalah daripada tunggakan data atau backlog yang sedang dikemaskini.

Minggu lepas, Menteri Kesihatan KJ pernah memberi gambaran bahawa wujudnya angka kematian tertunggak yang agak besar.

“Di Lembah Klang, kita akan dapat lihat penurunan kadar kematian dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi apabila kita selesai mengemas kini data ‘backlog’ kematian,” katanya.”
“COVID-19: Bilangan kematian harian di Lembah Klang bukan keadaan sebenar, disebabkan ‘backlog’ – Khairy”

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-bilangan-kematian-harian-di-lembah-klang-bukan-keadaan-sebenar-disebabkan-backlog-khairy-318214

Mengikut graf yang diberi oleh laman CovidNow milik Kementerian Kesihatan, jumlah kes kematian yang dilapor setiao hari (garis biru) pada bulan Julai dan Ogos sebelum kerajaan tukar adalah jauh di bawah angka kematian sebenar (garis hitam).
https://covidnow.moh.gov.my/bm/

Jadi, persoalannya ialah kenapa ini boleh terjadi?

Kenapa lapor angka yang jauh di bawah angka sebenar selama berbulan-bulan lamanya?
Sejak bulan Mei lalu, Malaysia sudah menjadi antara negara dengan kadar kes baharu dan kadar kematian baharu paling tinggi dalam dunia.

Sekiranya masih ada jumlah kematian tertunggak yang masih tidak dilapor, maka harap angka ini akan dikemaskini secepat mungkin agar Rakyat lebih yakin dengan keadaan semasa Covid yang sebenar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.