[UHStv] Kelibat lembaga hitam atas pokok terbongkar – “Satu Malaysia kena tipu”

MISTERI rakaman video entiti menyerupai seorang wanita berambut panjang melakukan beberapa pergerakan berdiri di puncak rimbunan pokok akhirnya terjawab.

Lembaga hitam dalam video berdurasi 30 saat yang menggemparkan itu sebenarnya bukanlah makhluk halus seperti disangka netizen.

Sebaliknya entiti tersebut adalah seorang wanita di India yang didakwa kurang siuman.

Malah video perlakuan pelik wanita itu sebenarnya pernah tular pada 2017.

Menurut terjemahan seorang individu pada video entiti itu yang dikongsi di YouTube, dia menafikan wanita tersebut adalah makhluk halus.

“Dia bukan hantu. Dia wanita kurang siuman yang gemar memanjat pokok, semua orang fikir dia hantu tetapi itu tidak benar,” katanya.

Hahaha… satu Malaysia kena tipu. Puteri Gunung Ledang konon – NETIZEN.

Terdahulu, video penampakan lembaga berdiri di puncak rimbunan pokok itu yang didakwa berlaku di Gunung Ledang tular di media sosial.

Ternyata rakaman itu mengerikan kerana turut kedengaran bunyi suara yang menakutkan.

Netizen digemparkan dengan kelibat lembaga hitam berdiri di puncak rimbunan pokok yang didakwa berlaku di Gunung Ledang, Johor.

Selepas misteri video itu terungkai, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana tertipu dengan perkongsian video yang didakwa tular di Twitter.

“Hahaha… satu Malaysia kena tipu. Puteri Gunung Ledang konon,” kata seorang pengguna YouTube.

“Ramai kena kencing. Viral masa Deepavali kat Malaysia pula tu,” kata netizen.