HomeBERITAKeislaman Sayyidina Bilal Dan Penderitaan Beliau

Keislaman Sayyidina Bilal Dan Penderitaan Beliau - huluselangor.com

SAYYIDINA Bilal ialah seorang sahabat yang masyur yang sentiasa menjadi juru azan di Masjid Nabawi.

Pada mulanya beliau ialah seorang hamba kepada kepada seorang kafir. Kemudian beliau telah memeluk islam. Oleh sebab itu, beliau telah diseksa dengan berbagai-bagai cara.

Umayyah bin KHalaf yang merupakan musuh Islam yang ketat akan membaringkan beliau secara terlentang di atas pasir yang panas membakar pada waktu tengahari semasa musim panas. Dia juga meletakkan batu yang besar ke atas dada Sayyidina Bilal supaya beliau tidak dapat bergerak.

Mynewshub

Dia berkata, “Matilah kamu dalam keadaan ini. JIka kami mahu hidup, tinggalkan Islam.”

Namun, dalam keadaan itu pun Sayyidina Bilal masih berkata, “Ahad! Ahad!” Yakni tuhan yang layak disembah hanyalah satu.

Pada malam hari, beliau diikat dengan rantai dan disebat dengan cemeti. Pada siang keesokkan hari, beliau akan dibaringkan di atas permukaan tanah yang panas supaya luka-luka itu bertambah teruk agar beliau meninggalkan Islam kerana tidak dapat menanggung penderitaan itu lagi atau pun mati terseksa.

Abu Jahal, Umayyah bin Khalaf dan kadang-kadang orang lain bergilir-gilir menyeksa beliau. Setiap orang daripada mereka berusaha untuk menyeksa beliau sedaya mungkin sehingga mereka akan keletihan Sayyidina Abu Bakar melihat Saydina Bilaldalam keadaan sedemikian maka beliau telah membeli dan membebaskan Sayyidina Bilal.

Oleh kerana orang Arab jahiliah ialah penyembah berhala, maka mereka megatakan bahawa berhala juga ma’bud (tuhan yang disembah).

Oleh itu, Islam menentang amalan penyembahan berhala dengan mengajarkan tauhid. Inilah yang menyebabkan Sayyidina Bilal mewiridkan, “Ahad, Ahad.” Inilah gambaran cinta dan rindu kepada Allah SWT.

Kita lihat dalam cinta palsu (sesama makhluk) ini pun, apabila seseorang itu dicintai, sebutan namanya ialah sesuatu yang menyeronokkan. Nama itu diulang-ulang tanpa sebarang faedah. Maka apakah yang hendak dikatakan lagi tentang cinta kepada Allah SWT yang memberi manfaat di dunia dan akhirat?

Inilah yang menyebabkan Sayyidina Bilal sanggup menanggung walaupun didera dengan berbagai-bagai cara, dikenakan sekeras-keras seksaan, diserahkah kepada budak-budak nakal supaya beliau diarak di jalan-jalan dan lorong-lorong Makkah tetapi, ”Ahad! Ahad!” masih dilaungkan.

Dengan sebab semua keberkatan inilah beliau kemudiannya menjadi juru azan di Masjid Nabawi. Tugas untuk melaungkan azan sentiasa diserahkan kepada beliau sama ada semasa bersafar atau bermukim.

Setelah Nabi SAW wafat, susah bagi beliau untuk terus tinggal di Madinah dengan melihat tempat Baginda SAW yang telah kosong.

Oleh sebab itu, beliau telah berniat untuk menghabiskan saki-baki hidupnya dalam jihad. Lantaran itu beliau pun bertolak untuk menyertai jihad. Beliau tidak pulang ke Madinah untuk beberapa lama.

PAda suatu hari beliau telah bermimpi berjumpa Nabi SAW. Baginda SAW telah bersabda, “Bilal! Apakah yang menyebabkan engkau tidak pernah datang kepada saya?”

Setelah terjaga daripada tidur, beliau terus pergi ke Madinah, Saiyidina Hassan dan HUsin telah memohon agar beliau melaungkan azan.

Permintaan daripada kedua-dua orang yang dikasihi bukanlah satu perkara yang boleh ditolak. Beliau pun mula melaungkan azan seperti pada zaman NAbi SAW.

Sebaik sahaja suara beliau sampai ke pendengaran penduduk kota Madinah maka berhamburanlah air mata mereka. Sehingga wanita-wanita pun keluar dari rumah-rumah mereka dalam keadaan menangis.

Setelah berada beberapa hari di Madinah beliau pun pulang dan beliau meninggal dunia kira-kira pada tahun dua puluh Hijrah di Damsyik.

HomeBERITAKeislaman Sayyidina Bilal Dan Penderitaan Beliau

Berkaitan

POPULAR