Kegagalan rangkaian punca gangguan sistem KLIA

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengenal pasti kegagalan rangkaian sebagai punca gangguan sistem teknikal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebagai sebahagian daripada langkah yang diambil untuk mengatasi masalah itu, Malaysia Airports berkata pihaknya telah menggantikan peralatan rangkaian dan peralatan tersebut sedang diuji dan dipantau dengan teliti untuk menstabilkan sistem.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHBs, Raja Azmi Raja Nazuddin berkata sejak penggantian peralatan rangkaian, terdapat perkembangan positif bagi menstabilkan sistem.

“Sistem kritikal di terminal utama KLIA sebahagian besarnya kini kembali pulih. Namun begitu, kami telah menggunakan pendekatan berhati-hati dan akan terus bersiap siaga kerana kami masih mengalami beberapa masalah sekejap-sekejap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Gangguan yang bermula sejak Rabu malam telah menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan, kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi.

Berpuluh penerbangan mengalami kelewatan akibat masalah itu. Setakat pukul 10 malam semalam, 68 kelewatan penerbangan dilaporkan.

Raja Azmi berkata terminal utama KLIA masih mengalami beberapa kelewatan tetapi situasi bertambah baik disebabkan langkah-langkah yang telah dilaksanakan.

Sementara itu, beliau berkata sistem di klia2 pada umumnya tidak terjejas pada masa ini.

“Pujian harus diberikan kepada seluruh komuniti lapangan terbang kerana menunjukkan semangat kerjasama dan bersatu-padu dalam menghadapi cabaran ini. Kami tidak pernah melihat kerjasama yang lebih baik di kalangan syarikat penerbangan yang membantu satu sama lain supaya operasi penerbangan dapat diteruskan,” katanya.

Raja Azmi berkata berlaku kelewatan penerbangan dan pembatalan, tetapi pihaknya menangani masalah itu dengan menggunakan semua 38 remote bay serta menyediakan perkhidmatan tambahan dan perkhidmatan pengendalian lapangan bagi syarikat penerbangan untuk memudahkan pergerakan penumpang di remote bay berkenaan.

Beliau berkata lapangan terbang lain di seluruh negara juga akan terus melanjutkan waktu operasi sekiranya terdapat kelewatan penerbangan berlepas dari KLIA.

“Walaupun tumpuan masih bagi memastikan ketersediaan sistem yang berterusan, kami juga memberi segala bantuan yang mungkin kepada syarikat penerbangan dan penumpang,” katanya.

Raja Azmi berkata Malaysia Airports telah mengerahkan 1,000 kakitangan tambahan untuk membantu penumpang di lapangan dan membantu menguruskan bagasi.

“Kami juga bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan untuk memastikan bagasi dihantar kepada pemilik yang sah.

“Tenaga tambahan akan terus digunakan sehingga keadaan kembali pulih,” katanya.

“Kami amat menyesal kesulitan yang dialami. Walaupun keadaan bertambah baik, kami masih meminta penumpang tiba di terminal sekurang-kurangnya empat jam sebelum berlepas dalam beberapa hari akan datang, “kata Raja Azmi.

Penumpang juga digalakkan untuk terus menggunakan aplikasi mudah alih atau melayari laman sesawang syarikat penerbangan masing-masing untuk mendaftar masuk bagi mengelak beratur panjang di lapangan terbang, dan untuk menghubungi kakitangan lapangan terbang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai butiran penerbangan. — Bernama

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img