Kasih Selangor: Ziarah Kasih Muafakat Selangor di Kota Raja

Terima Kasih kepada Wanita UMNO UBKR, Muslimat PAS, Ameerah PAS dan Puteri UMNO UBKR kerana sudi menjemput Kasih Selangor dalam program ziarah petang tadi. Program ini bersempena Majlis Muafakat Nasional peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Kota Raja.

Kasih Selangor dihadiri oleh YDP Datin Sohada bt Ramli bersama-sama Wanita UMNO dan juga Muslimat PAS turun memberi sedikit sumbangan kepada 10 buah rumah disekitar kawasan program.

Semoga dengan adanya sumbangan ini dapat la kiranya mengurangkan beban yang ada pada mereka. InsyaAllah ❤️ ❤️

Kepada semua Warga Kota Raja, Klang, Kapar, Shah Alam dan yang berdekatan di jemput hadir Program Muafakat Nasional peringkat Negeri Selangor.

Program kemuncak adalah Ceramah Mega peringkat Negeri Selangor yang akan dihadiri oleh YB DS Hj Zahid Hamidi Presiden UMNO dan YB DS Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.

Ayuh kita jayakan Muafakat Nasional ini Demi Agama, Bangsa dan Negara.