Kapten Mohana Chandran terkorban mempertahankan negara

Siapa masih ingat Kapten Mohana Chandran a/l Velayuthan? Beliau adalah seorang Pegawai tentera darat Malaysia yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau telah dikurniakan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa pada 7 Jun 1972 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pengganas komunis di kawasan Hutan Simpan Ulu Kinta.

Kapt Chandran turut terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Kapt Chandran ketika itu sedang mengetuai satu kumpulan tinjau khas dengan kekuatan 23 orang telah ditugaskan ke kawasan Hutan Simpan Ulu Kinta untuk menjejak pengganas komunis.

Pada 13 Jun 1971, semasa sedang mendaki sebuah bukit, mereka berjaya mengesan tiga orang pengganas berhampiran sebuah perkhemahan pengganas yang besar di kawasan hutan tersebut.

Kapt Chandran bersama Ranjer Abang Bolhi bin Abang Doladi melepaskan tembakan. Tembakan balas musuh telah mencederakan Ranjer Bolhi.

Pertempuran tersebut turut dibantu oleh Ranjer Bajau ak Ladi. Melihat kedatangan Ranjer Bajau yang datang membantu, Kapt Chandran bergerak dengan berani tanpa menghiraukan risiko merapati kedudukan musuh yang berkekuatan lebih besar sambil diberi tembakan perlindungan oleh Renjer Bajau.

Bagaimanapun Kapt Chandran telah terkena tembakan musuh yang berada di atas bukit, pada bahagian kepalanya.

Beliau meninggal dunia di tempat pertempuran.

Ini angkara perbuatan komunis.

Ini hanya salah satu cerita pengorbanan tentera kita menentang komunis demi mempertahankan negara tercinta kita.

Banyak lagi cerita yang menghiris hati angkara perbuatan komunis.

Agak-agak apa perasaan keluarga Kapt Chandran bila abu mayat Chin Peng dibawa secara senyap ke Malaysia?

Apa sebenarnya tujuan kumpulan ini yang membawa masuk abu mayat Chin Peng pada 16 September tahun ini iaitu semasa seluruh rakyat Malaysia menyambut hari Malaysia dan hanya mengumumkan upacara ini selepas dua bulan? Itupun genap setahun arwah adib diserang.

Kenapa?

Apa motif kumpulan ini?

Apa pula tindakkan PDRM?

More From Forest Beat

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang...
AM
0
minutes

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada...
BERITA
0
minutes

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari...
AM
1
minute

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas...

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.
BERITA
1
minute
spot_imgspot_img