HomeBERITAKanak-kanak lemas di resort Kalumpang

Kanak-kanak lemas di resort Kalumpang - huluselangor.com

HULU SELANGOR: Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun ditemukan lemas selepas tersepit di celah batu ketika mandi di sungai di sebuah resort di Kalumpang, di sini, 7 September 2022.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 6.40 petang daripada pegawai perubatan berusia 34 tahun.

“Ibu bapa kanak-kanak itu memaklumkan anak mereka tersepit di celah batu ketika mandi di sungai. Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun gagal,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Suffian berkata, hasil siasatan mendapati kanak-kanak perempuan itu lemas di sungai yang berkedalaman kira-kira 0.6 meter.

“Bedah siasat dijalankan Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB) mendapati punca kematian mangsa adalah lemas. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

HomeBERITAKanak-kanak lemas di resort Kalumpang

Berkaitan

POPULAR