“Kami tak tuju kepada haters…” – Walau pernah dikecam, dolla tetap sebar aura positif

0
224
“Kami tak tuju kepada haters…” – Walau pernah dikecam, dolla tetap sebar aura positif

Biarpun pernah dikecam teruk, kumpulan Dolla tidak menujukan lagu terbaru mereka, Berani kepada segelintir netizen yang mengkritik.

Dianggotai oleh empat gadis manis, Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya), Dolla mahu menyebarkan aura positif.

“Sebelum ini memang kami pernah dikecam. Tetapi lagu Berani bukanlah untuk mereka yang membenci. Kami hanya mahu menyebarkan aura positif. Kami tak tuju kepada gologan ‘haters’ kerana tak mahu memanjangkan rasa kebencian,” kata Sabronzo.

Jelas Syasya pula, tema yang disampaikan dalam lagu ciptaan Firdaus Rahmat dan John Jeeves ini adalah pemerkasaan wanita.

“Tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat, sistem sokongan dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita,” kata Sabronzo.

Tambah Tabby, mereka sudah bersedia menerima respons pendengar memandangkan Berani menampilkan sisi lain Dolla.

“Jika karya-karya kami sebelum ini menampilkan sesuatu yang rancak, Berani pula mempertaruhkan sesuatu yang lebih perlahan. Kami mahu menunjukkan sisi berbeza Dolla dan sudah bersedia menanti respons pendengar,” katanya.

Baru-baru ini, Dolla mencipta sejarah tersendiri apabila mereka menjadi artis berkumpulan pertama Malaysia dan penyanyi ketiga dari Malaysia selepas Yuna dan Layla Sania yang dipilih muncul di papan iklan digital tersohor di Times Square, New York, Amerika Syarikat.

“Dolla muncul dalam kempen EQUAL oleh pelantar penstriman digital tersohor dunia, Spotify. Sejujurnya, kami tak sangka! Berita terbabit merupakan sesuatu yang menggembirakan Dolla dan peminat kami,” kata Angel pula.

Berani boleh didengarkan di semua pelantar muzik digital serta muzik videonya boleh disaksikan di saluran YouTube Dolla.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.