Johor Catat Angka Kematian Covid-19 Tertinggi

0
95
MELAKA 15 OGOS 2021. Petugas barisan hadapan 'Frontliner' dari Pejabat Kesihatan Daerah Melaka Tengah dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menguruskan jenazah pesakit covid-19 untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru. Gambar RASUL AZLI SAMAD

PUTRAJAYA – Johor merekodkan angka tertinggi kematian Covid-19 dengan 47 kes daripada 240 kes kematian, demikian data dipaparkan pada laman web CovidNow.

Menurut maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, daripada jumlah kematian yang dilaporkan, sebanyak 89 kes kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari, menjadikan jumlah kematian Covid-19 di seluruh negara mencecah 25,935 kes.

“Terdapat 71 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kumulatif kes BID sebanyak 5,168 kes,” menurut data tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, negeri-negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Selangor (41), Sabah (38), Kuala Lumpur (21), Kedah (20), Pulau Pinang (18), Sarawak (15), Kelantan (14), Perak (10), Terengganu (7), Melaka (4), Pahang (4) dan Perlis (1).

Selain itu, tiada kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 174,492 kes aktif melibatkan 144,631 kes dikuarantin di rumah, 19,598 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 9,278 kes di hospital, 422 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 563 kes di ICU memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.