Jentera UMNO sentiasa ke hadapan bantu mangsa banjir – Shahaniza

0
302
Jentera UMNO sentiasa ke hadapan bantu mangsa banjir – Shahaniza

MARAN – Jentera UMNO sentiasa ke hadapan dalam memberikan bantuan kepada rakyat termasuklah mangsa banjir ketika mereka menghadapi saat sukar dan semasa operasi pembersihan pasca banjir, kata Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Malah, beliau meluahkan rasa terharu apabila kekuatan parti dari seluruh negara turun padang membantu kawasan-kawasan di negeri ini yang dilanda bah.

“Alhamdulillah ramai juga dari negeri lain yang datang membantu. Kami rasa gembira dan ucapkan terima kasih kerana sentiasa ingat kepada orang Maran.

“Saya hendak bagitahu jentera UMNO bahawa bukan hanya di Maran tetapi di seluruh negeri memang UMNO sentiasa ke hadapan iaitu berada dari mula banjir membantu sehingga sekarang ini.

“Sejak awal banjir kita memang hantar sukarelawan UMNO, memberikan sumbangan bekalan makanan kepada mereka yang bukan sahaja mangsa banjir tetapi mereka yang terputus hubungan tanpa henti bantuan disampaikan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pejabat UMNO Bahagian Maran sempena kunjungan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang memberikan sumbangan bagi Misi Sukarelawan Bantuan Banjir Ibu Pejabat UMNO.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu juga memaklumkan kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited membantu rakyat ketika mendepani musibah banjir ini dengan menyalurkan beberapa bantuan.

“Di Maran, tahun ini kita ada 50 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan hampir 800 keluarga yang terlibat tapi alhamdulillah setakat hari ini tinggal dalam tujuh lagi PPS, itu pun yang kecil-kecil masih dibuka.

“Keprihatinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberikan bantuan khas RM500 kepada setiap ketua isi rumah ditambah pula rumah yang rosak maka kita beri sewa selama enam bulan sebanyak RM200 yang dibayarkan oleh kerajaan negeri.

“Kita juga ada Majlis Tindakan Sosial Negeri Pahang (MTSP) yang mewakili sukarelawan negeri ini yang diketuai ketua Pemuda dan Puteri semua bahagian yang dipengerusikan Menteri Besar… sudah dua tahun mereka bertindak sebagai manifestasi parti menguasai kerajaan,” ujar beliau lagi.

BACA juga:

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.