Banjir: Jentera UMNO komited bantu rakyat terkesan banjir – Ahmad Maslan

0
277
Banjir: Jentera UMNO komited bantu rakyat terkesan banjir – Ahmad Maslan

Jentera UMNO di seluruh negara komited membantu semua mangsa banjir yang terjejas buat masa ini.

Setiausaha Agung (SUA) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata beliau melihat jentera UMNO khususnya sayap parti iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri bersungguh-sungguh menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir seperti memasak makanan serta menghantarkan bantuan barangan keperluan malah kepimpinan UMNO pelbagai peringkat termasuk ketua Bahagian turut membantu.

“Ini satu usaha yang patut diteruskan dan harap semua jentera UMNO di semua peringkat selagi banjir ini tidak reda ianya harus membantu dan selepas ini kita bantu membersihkan rumah-rumah mereka malah ini adalah satu kerja besar yang patut diusahakan.

“Bawa sukarelawan dari UMNO dari semua peringkat agar dapat membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir yang terlibat di semua Parlimen di Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain.

“Saya dapat melihat sendiri betapa menyedihkan keadaan banjir ini dan ianya benar-benar memeranjatkan masyarakat kerana tidak pernah berlaku sebegini di Negeri Selangor ini.

“Terima kasih kepada semua bagi pihak UMNO dan juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya ketika ditemubual.

Dalam masa yang sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berharap agar kerajaan dapat memberikan wang RM1,000 untuk setiap isi rumah yang terjejas akibat banjir dengan segera.

“Saya harap bantuan RM1,000 dipermudahkan prosesnya supaya bukan hanya mangsa banjir yang berpindah ke tempat Pusat Pemidahan Sementara (PPS) malah mereka yang tidak mahu berpindah ke PPS juga harus diberikan bantuan yang sama … yang pentingnya mangsa banjir harus mendaftar untuk mendapat bantuan tersebut.

“Ada masyarakat yang tinggal di kawasan ini lebih 40 tahun dan kali pertama mangalami banjir yang terburuk, ini adalah satu dugaan dan mudah-mudahan semuanya mengambil iktibar dan harap agar kerajaan Pusat dan Negeri sama-sama meningkatkan bantuan kepada rakyat. Ini kerana rakyat menunggu bantuan sebanyak RM1,000,” katanya lagi.

Terdahulu, semalam beliau telah menziarahi mangsa-mangsa banjir di Bangi dan Sepang dan pada hari sebelumnya beliau telah menyantuni lima Parlimen yang terlibat banjir besar iaitu Ampang, Hulu Langat, Shah Alam, Kota Raja dan Klang.

Baca juga:
BN selesai agih bantuan banjir sekitar KL, Selangor
Rakyat marah menantu PM diselamatkan helikopter dari banjir

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.