‘Jangan cari lelaki macam ini’ ― Gadis dedah ‘penat’ dimaki teman lelaki

1
822

Setiap pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan dan perasaan saling hormat menghormati dalam perhubungan.

Namun, tidak semua bernasib baik dalam mengejar kebahagiaan apatah lagi jika mempunyai pasangan yang mudah “naik angin.”

Perkara itu dikongsikan seorang gadis di laman sosial Twitter yang mendedahkan sikap panas baran pasangannya yang sering kali mengeluarkan kata-kata kesat.

Menggunakan akaun bernama @wawakacak, gadis berkenaan memuat naik tangkap layar perbualan bersama pasangannya sambil menyeru para wanita agar bijak mencari pasangan.

“Hello girls nak pesan, jangan cari lelaki yang macam ni, tau maki-maki,” tulisnya di Twitter.

Jelas gadis itu lagi, beliau sebelum ini sering mengimpikan pasangan romantis dan kelakar. Namun, realiti yang dihadapi adalah sebaliknya.

“Nak boyfriend yang selalu buat lawak tapi dapat yang selalu maki pula.

“Not every boy is trash, kalau you jumpa yang baik keep him/her because its hard to find real partner. I’m hoping that one day I will find a boy who loves me more than I do. Thank you semua,” tulisnya lagi.

Setakat ini, hantaran gadis tersebut dikongsi lebih 5,000 kali di Twitter selain mendapat 3,047 tanda “gemar.”

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa simpati terhadap gadis itu dan berdoa agar beliau ditemukan dengan lelaki yang dapat menjaga dirinya dengan baik.

“Nabi suruh kaum Adam berlembut dengan kaum Hawa. Kalau bab poligami je nak ikut sunnah, celah akhlak tak nak ikut,” tulis @Aaidae.

“For me if lelaki mula maki perempuan ni dia dah hilang rasa hormat dekat perempuan tu. So, dari jadi lebih buruk better you tinggalkan je for your own good,” kongsi @munirahhhhh pula.

https://twitter.com/wawakacak/status/1145547050521485313?s=19

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.