Isteri geram simbah asid ke muka suami

0
378

JAMBI – Seorang wanita nekad menyimbah air campuran cuka dan asid ke muka suaminya sehingga mangsa mengalami cacat kekal selepas mengetahui lelaki itu berlaku curang, lapor laman berita Tribunnews hari ini.

Suspek bernama Fitriyani, 41, dilaporkan melakukan perbuatan itu di kediaman mereka di Gudang Pupuk Dusun Lingga Kuamang, Kabupaten Bungo dalam wilayah Jambi.

Menurut laporan polis, Fitriyani berasa marah selepas mengetahui suaminya curang dengan wanita lain dan merancang perbuatan itu dengan niat.

“Ketika disoal siasat polis, suspek berkata bahawa dia tidak sanggup menanggung rasa sakit hati kerana dicurangi dan tidak menyesal menyimbah campuran cecair itu ke muka suaminya.

“Berdasarkan pemeriksaan doktor, mangsa mengalami kesan melecur serius di bahagian mata dan wajahnya,” kata Ketua Polis Kabupaten Bungo, Asisten Komisioner Besar, Guntur Saputro. – Agensi

Original Article

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.