Tak reti beRaja!

91
0

Selalunya orang tak reti beraja ini dipanggil 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐭. Ada juga yg sebut Orang Dauh.

Apabila mengadap Raja, dia berbahasa I you, itu tak reti beraja. Apa bila Raja titah buat segera, depan Raja dia mengangguk, belakang Raja dia heboh kata Raja tak sebut pun bila, bulan berapa?

Biasanya rakyat biasa kalau mengadap Raja, dia jadi keberah atau gabra. Ada yang tersasul menyebut “Lepas ini patik nak ke mana Tuanku?” Dapatlah dia jawapan “Ikut suka awak lah nak ke mana”.

Kalau rakyat biasa, memang boleh dimaafkan sebab keberah. Tapi kalau Menteri itu namanya derhaka. 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐫𝐡𝐚𝐤𝐚 𝐢𝐧𝐢 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐜𝐮𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧.

Ampun Tuanku.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here