Waspada Sindiket Penipuan Melalui Mesej Yang Menawarkan Bonus Hari Raya Atas Nama Skim Pembiayaan Hafiz

48
0

Menurut kenyataan media Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM):

Pihak Jabatan telah mendapat maklumat mengenai kewujuduan sindiket penipuan (scam) yang menggunakan nama Skim Pembiayaan Hafiz (SPH). Beberapa aduan telah diterima berkaitan cubaan untuk menipu orang ramai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghantar mesej menawarkan bonus hari raya.

Justeru, pihak jabatan menegaskan bahawa pihak JAKIM tidak akan sewenang-wenangnya menghubungi orang awam bagi menawarkan sebarang bentuk bonus. Segala urusan pemberian peruntukan dan pembiayaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) adalah perlu dibuat melalui proses yang telah ditetapkan sahaja. JAKIM memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

SUMBER:

Facebook Rasmi JAKIM

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here