DAP kuat menghasut bukan Melayu

29
0

SEJAK kehilangan kuasa  selepas gagal memerintah negara selama 22 bulan, parti cauvinis Cina, DAP kembali kepada modal lama iaitu menghasut orang bukan Melayu menjadi mangsa kepada kerajaan yang didominasi Melayu.

Sekecil-kecil isu hingga ke sebesar-besar isu akan diputar belit sebagai penganiayaan kerajaan Melayu kepada bukan Melayu.

Naratif itu walaupun jauh daripada kebenarannya, tetapi apabila setiap hari didendangkan ia sedikit sebanyak akan berbekas kepada minda masyarakat bukan Melayu khususnya kaum Cina.

Terbaharu DAP menyalahkan MCA iaitu parti komponen kerajaan kerana gagal menjaga kepentingan kaum Cina apabila isu rumah pengurusan mayat tidak dibenarkan buka ketika awal PKP.

Danny Ng yang juga Setiausaha Publisiti DAP Bentong menyalahkan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker selaku timbalan menteri perpaduan gagal menyuarakan permasalahan kaum Cina.

Ti bagaimanapun berkata beliau bersedia menerima teguran, tetapi perbuatan menghasut tidak seharusnya dibiarkan kerana ia akan menggunakan keharmonian kaum di negara ini.

Justeru itu tiga laporan polis telah dibuat berhubung perbuatan menjurus kepada menghasut rakyat tersebut.

Polis telah mengambil kenyataan Ng.

Pihak polis perlu bertindak tegas dalam hal ini kerana masalah pengurusan jenazah mereka yang meninggal dunia ketika wabak pandemik itu turut dihadapi oleh semua kaum dan penganut agama lain termasuk Melayu serta Islam.

Apabila mereka bermain isu hanya bukan Islam dan bukan Melayu sahaja menjadi mangsa ia telah memasuki ranah hasutan.

Perbuatan sedemikian tidak seharusnya dibiarkan kerana dalam situasi negara berdepan dengan perang menghapus pandemik wabak, kita juga berdepan dengan mereka yang tidak bertanggungjawab memainkan api perkauman, semata-mata kerana mahukan sokongan politik.

Jika perkara ini dibiarkan berlarutan ia memberi isyarat yang salah kepada masyarakat keseluruhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here