PDRM nafi Ketua Polis Negara minta masyarakat lapor golongan antivaksin

12
0

Polis hari ini menafikan mesej tular mendakwa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Abdullah Sani meminta masyarakat menyalurkan maklumat tentang golongan antivaksin menerusi sebuah portal.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru berkata berdasarkan maklumat yang diterima oleh polis, mesej palsu itu antara lain meminta orang ramai melaporkan ‘penghasut antivaksin’ melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx.

“Portal dinyatakan dalam mesej palsu terbabit bagaimanapun merupakan portal perkhidmatan projek rintis oleh PDRM di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara dalam talian hanya bagi kes-kes yang tidak melibatkan jenayah atau memerlukan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai agar tidak terus menyebarkan maklumat palsu itu dan membuat pertanyaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekiranya berasa ragu tentang sebarang maklumat yang diterima.

“Salurkan pertanyaan kepada PDRM menerusi pautan Facebook rasmi https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ atau lain-lain media sosial rasmi pasukan keselamatan itu,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here