‘Dine-in’ ketika PKP, enam individu dikompaun RM20,000

38
0

Pemilik premis makanan di sebuah kompleks perniagaan ternama di ibu kota dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggan makan di dalam premis itu, semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. 

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata dalam operasi 12.45 tengah hari itu, lima pelanggan yang sedang makan di premis berkenaan turut dikompaun RM2,000 seorang.

“Pemeriksaan polis mendapati pelanggan terbabit sedang menjamu selera di premis berkenaan dan tidak  mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu makan di kedai atau ‘dine-in’ tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis terus giat melakukan pemeriksaan serta tindakan tegas akan diambil ke atas orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKP bagi memastikan usaha memutuskan rantaian wabak COVID-19 berjaya.

Kes disiasat mengikut Peraturan16 PU (A) 243/2021 PKP.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here