Hub Pengangkutan Darat Negara di Kuala Kubu Bharu tahun 1910

Kuala Kubu pernah menjadi hub pengangkutan awam yang menjadi pusat perjalanan ke Pahang (Raub) dan Pulau Pinang.

Kuala Kubu Road salah satu hentian keretapi yang paling sibuk pada ketika itu sebagai transit ke Pahang (Raub dan Kuala Lipis)

Zaman tu belum ada pengganas komunis yang nak ganggu.

Untuk mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur, harap pemimpin yang ada memikirkan semula Kuala Kubu sebagai hub pengangkutan semula dengan penambahbaikan jalan Kuala Kubu Bharu ke Raub melalui Gap.

Untuk ke LPT tiada masalah boleh menggunakan jalan Batang Kali – Genting Highland.

Bukan sahaja melibatkan pengangkutan awam malahan cargo.

* Nota: Kedai jahit pakaian Ka Wah dah wujud tahun sebelum tahun 1910 (Wah Outfitters)

Gambar 1
Hentian hub pengangkutan darat Kuala Kubu Bharu. Berhampiran Pejabat Pos sekarang (Kilang Oren Tin Jooi Sian – sekarang KFC). Bas tersebut juga membawa surat ke Pahang, sebab itu hentian Bersebelahan pejabat pos. – https://huluselangor.com
Gambar 2
24h.p DeDion Bouton buatan Peranchis 35 penumpang – https://huluselangor.com
Gambar 3
Jalan Gap (Semangkok) – Perjalanan Kuala Kubu Raub menggunakan 28 h.p. Milnes-Daimler Charabanac 25 penumpang – https://huluselangor.com
Gambar 4
Kuala Kubu Road – Perjalanan Kuala Kubu ke Pulau Pinang. Lori Milnes-Daimler .
Selain dari Daimler terdapat juga lori Leyland dan antara bas terawal digunakan oleh LEN Omnibus adalah Leyland. – https://huluselangor.com