Hatrik Rooney kekalkan penguasaan United ~ huluselangor.com

 

LONDON: Wayne Rooney meledak hatrik kedua musim ini bagi meneruskan penguasaan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris apabila menang 5-0 ke atas Bolton, di Stadium Reebok, sebentar tadi.

Gol Rooney menjelma pada minit ke-19, 24 dan 67, iaitu hatrik kedua dalam masa dua minggu selepas memperolehnya ketika menentang Arsenal.

United memperoleh gol seawal pada minit ke-7 menerusi Javier Hernandez.

Hernandez kemudian meledak gol keduanya pada minit ke-58 dan memperoleh sekurang-kurangnya dua peluang untuk mencipta hatrik berkembar United.

HomeBERITAHatrik Rooney kekalkan penguasaan United

Berkaitan

POPULAR