Hari ini, Menteri KDN sekali lagi berkata parti DAP langsung tidak ada kaitan dengan LTTE – najib razak

Dia kata Wakil-wakil Rakyat yang ditangkap kerana LTTE itu cuma kebetulan adalah dari parti DAP.

Saya rasa ada banyak lagi kebetulan.

Ahli-ahli politik PH yang dilantik ke GLC itu “kebetulan” sahaja, kata parti PAN.

Menabur “dedak” berpuluh juta masa PRK Tanjung Piai itu juga “kebetulan” ada PRK”, kata PM ke-7.

Kebetulan sahaja ahli politik India yang ada kaitan dengan LTTE itu berkempen untuk DAP masa PRU14 bersama Menteri DAP itu.

Guan Eng dengan Kit Siang duduk bersama ahli politik India yang ada kaitan dengan LTTE itu juga kebetulan sahaja.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang DAP yang puja AK-47 dan banyak menghadiri acara berkaitan LTTE serta menyuarakan sokongan untuk LTTE juga kebetulan.

Banyak lagi “kebetulan” dalam Malaysia Bharu ini.

Facebook Najib Razak

Hari ini, Menteri KDN sekali lagi berkata parti DAP langsung tidak ada kaitan dengan LTTE.Dia kata Wakil-wakil Rakyat…

Gepostet von Najib Razak am Samstag, 2. November 2019