Berita sentimen pelabur.
Bursa Malaysia dan Ringgit Malaysia terus mencanak naik setelah bertukar trend menurun berpanjangan selepas kerajaan bertukar.
Pasaran saham sudah naik lebih 100 point dari di bawah 1,500 ke lebih 1,600 point petang ini – iaitu antara prestasi paling baik dalam dunia bagi tempoh tersebut.
Manakala nilai Ringgit Malaysia naik dari RM4.24 ke RM4.15 sejak tempoh itu.
Malah, dana asing kembali mengalir masuk ke Malaysia dan telah mencatat kemasukan dana asing bagi minggu ketiga berturut-turut setelah berpuluh bulan mencatat pengaliran keluar dana.
“30 Ogos 2021: Foreign buying extends to third week, surges to RM964.3m”
https://www.theedgemarkets.com/article/foreign-buying-extends-third-week-surges-rm9643m
Harapan pelabur pada kerajaan baharu masih kekal tinggi.
Trend dalam carta dan data bukan tipu. Bukan satu kebetulan. Ini realitinya.
Kini tiba masa untuk buktikan harapan serta keyakinan pelabur dan pasaran kewangan terhadap kerajaan baharu Malaysia agar kita tidak gagal lagi bukan satu kesilapan.
Kerajaan baharu kena buktikan dengan dasar-dasar baharu ekonomi dan Covid yang lebih berkesan, menyakinkan serta masuk akal.