Pendakwah bebas Da’i Wan menganggap umat Islam di Malaysia lemah kerana mereka gagal mempertahan pendakwah Islam Zakir Naik.
Memohon maaf kepada ulama India itu, Da’i Wan, nama asal Wan Dazrin Wan Din, kesal berikutan penganut Islam di negara ini tidak mampu buat apa-apa bagi membela agamawan itu.
“Maafkan kami Zakir Naik. Sebenarnya kami, umat Islam di Malaysia ini yang lemah,” tulisnya di Twitter semalam.
“Kami tak mampu bersatu untuk membela ulama jikalau ada apa apa ujian. Memang tidak akan ada kuasa kebersatuan dari kami sebagai orang Islam dalam negara ini.”
Menyalahkan golongan liberal susulan sekatan ceramah terhadap Zakir, beliau berkata tidak ada ajaran ekstremisme dan perkauman dalam agama tersebut.
Semalam, ketua polis negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengumumkan Zakir tidak dibenarkan berceramah di Malaysia mahupun media sosial.
Zakir baru-baru ini dalam ceramah di Kota Baru membuat kenyataan berbaur perkauman apabila meminta masyarakat Cina pulang ke tempat asal mereka.
Penceramah itu juga menyatakan penganut Hindu di negara ini yang lebih percaya dengan perdana menteri India berbanding Malaysia.
Rujukan:
Maafkan kami Dr Zakir Naik.
Sebenarnya kami, umat Islam di Malaysia ini yg lemah. Kami tak mampu pun bersatu utk membela ulama jikalau ada apa2 ujian. Memang tidak akan ada kuasa kebersatuan dri kami sebagai org Islam dlm negara ini. https://t.co/nrLlx4Dc20
— Da’i Wan (Official) (@wandazrin) August 20, 2019