FIHB bekerjasama dengan satu daripada lima penjana tenaga terkemuka China

0
982
FIHB bekerjasama dengan satu daripada lima penjana tenaga terkemuka China

KUALA LUMPUR  — Federal International Holdings Bhd (FIHB) menceburi sektor tenaga boleh baharu (RE) melalui cadangan kerjasama dengan satu daripada lima penjana tenaga terkemuka China, State Power Investment Corporation Ltd (SPIC).

Pengeluar perabot dan penggiat dalam sektor pembinaan itu berkata syarikat 50 peratus miliknya, Warrants RE Assets Sdn Bhd (WREA), memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat milik penuh SPIC, SPIC Energy Malaysia Bhd (SPICM) hari ini untuk kedua-dua pihak mengambil alih sebahagian atau keseluruhan operasi tarif galakan, pemeteran bersih dan ladang solar berskala besar.

Di bawah kerjasama itu, katanya WREA akan bertanggungjawab untuk pendanaan manakala SPICM akan menyediakan sokongan teknikal berkaitan loji tenaga solar dan projek RE lain di Malaysia.

Pengarah Eksekutif FIHB Datuk Choy Wai Ceong berkata kerjasama ini melambangkan usaha pertamanya dalam segmen RE dan akan membantu syarikat memperluas kedudukannya dalam segmen baharu itu.

“Kerjasama itu akan menumpukan kepada pengambilalihan ladang solar, yang kemudiannya akan melalui proses pembaikan dan menaik taraf di bawah pasukan yang diterajui oleh SPIC.

“Ini akan membantu meningkatkan pemulihan ladang solar yang diperoleh dan membantu menjana aliran tunai yang positif dengan segera,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.