HomeBERITADUA TERSELAMAT - KERETA TERJUNAM 30 METER DALAM GAUNG DI LEMBAH BERINGIN

DUA TERSELAMAT – KERETA TERJUNAM 30 METER DALAM GAUNG DI LEMBAH BERINGIN - huluselangor.com

Lembah Beringin: Wanita parah manakala rakannya cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.

Kejadian di KM408 lebuh raya PLUS, dekat Plaza Tol Lembah Beringin, di sini, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Proton Iswara mereka dikatakan gagal dikawal, terbabas dan terjunam ke gaung sedalam kira-kira 30 meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu (KKB), Kamil Hamadan, berkata bomba KKB dibantu BBP Tanjung Malim tiba di lokasi selepas menerima panggilan 12.13 tengah malam.

“Laporan awal diterima mengatakan ada kereta jatuh gaung dan terdapat dua mangsa di dalamnya.

“Kita mengambil kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, Pang Zhen Hong, 24, parah manakala pasangannya, Goh Yu Chen, 26, hanya cedera.

Katanya, mangsa dibawa ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

20161105-dua-selamat-kereta-jatuh-gaung-lembah-beringin

HomeBERITADUA TERSELAMAT - KERETA TERJUNAM 30 METER DALAM GAUNG DI LEMBAH BERINGIN

Berkaitan

POPULAR