Dicekup memanah ikan di kawasan larangan santuari Sungai Chiling

26
0

KUALA KUBU BHARU – Sekumpulan lelaki yang menceroboh masuk Santuari Ikan Sungai Chiling dicekup penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Selangor ketika leka memanah ikan di kawasan larangan itu awal pagi tadi.

Operasi sempena Ops Perlindungan Sumber dilakukan bersama Pejabat Perikanan Daerah Hulu Selangor di kawasan air terjun pusat perlindungan ikan sungai kira-kira jam 2.45 pagi.

Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), kejayaan tangkapan tersebut hasil kerjasama dan bantuan risikan serta maklumat penjaga Sungai Chiling.
“Kesemua suspek dan barang kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di Facebook DOF hari ini.

DOF turut memuat naik foto tangkapan suspek dan barang rampasan berupa peralatan memanah ikan termasuk dua senapang ikan.

Sumber:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2484682821569468&id=192377234133383