Datuk Rosni melawat Felda Soeharto yang dilanda ribut [Video]

49
0

HULU SELANGOR – Sekurang-kurangnya 20 buah rumah di Felda Soeharto mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang tadi (5 Julai 2019).

Kejadian berlaku ketika cuaca hujan bersama angin kuat.

ADUN Kawasan Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar turut melawat mangsa ribut melihat sendiri kawasan yang di landa bencana.

Kerosakan melibatkan bahagian bumbung yang diterbangkan angin dan turut menjejaskan struktur rumah penduduk selain pokok tumbang.

Ada rumah atap hilang sepenuhnya dan menyebabkan kerosakan harta benda berikutan hujan masin lebat ketika kejadian. Namun tiada mangsa dilaporkan cedera.

Pusat pemindahan dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Felda Soehaerto oleh APM Hulu Selangor dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah menyalurkan bantuan bagi mangsa yang berpindah.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/ykH39X-6zRI

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/anJBezvVT8I