HomeBERITADasar, Komitmen Kerajaan Dalam Tangani Rasuah Berterusan

Dasar, Komitmen Kerajaan Dalam Tangani Rasuah Berterusan - huluselangor.com

KUALA LUMPUR – Dasar dan komitmen kerajaan dalam memerangi rasuah dan meningkatkan tadbir urus pentadbiran kerajaan adalah jelas serta berterusan, meskipun skor dan kedudukan  negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020 menurun sedikit daripada tahun 2019.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menegaskan kerajaan tidak pernah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelaku rasuah serta tindakan tegas bakal diambil berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Seperti mana yang telah dimaklumkan pada peringkat awal pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional, Pelan Antirasuah Nasional (NACP) masih diteruskan bagi meningkatkan tadbir urus kerajaan selain mengurangkan dan menutup peluang-peluang rasuah dalam pentadbiran kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) juga sentiasa melihat  kepada kaedah dalam meningkatkan tadbir urus pentadbiran kerajaan, katanya.

Pejabat Perdana Menteri mengambil maklum berhubung keputusan CPI 2020 yang telah diumumkan oleh Transparency International (TI) (membabitkan Malaysia) semalam iaitu skor sebanyak 51 daripada 100 mata dan kedudukan 57 daripada 180 buah negara. – BERNAMA

HomeBERITADasar, Komitmen Kerajaan Dalam Tangani Rasuah Berterusan

Berkaitan

POPULAR