Daripada pertikai bab IPIC dan 1MDB yang sudah diselesaikan ini, lebih baik Tony Pua dan Rafizi tanya sama apa status tiga isu ini ;
1) Azmin Ali tentang wang penyelesaian SPLASH yang hanya bernilai RM250.6 juta tetapi dianggar bernilai RM2.7 billion
2) Geng “along” mana yang boleh beri pinjaman sampai RM500,000 kepada Adam Rosly? Apakah PKR selama ini “back up” sindiket along ini Selangor?
3) Duit YAWAS bernilai RM10 juta di Selangor telah didakwa disalahgunakan, Teresa Kok sudah akui duit YAWAS ini. Kenapa Azmin Ali diam sahaja?Apakah Azmin Ali menjawab dengan terperinci dan jelas seperti jawapan penyelesaian IPIC dan 1MDB pada ketiga tiga isu ini? Tidak sama sekali.
Tuduhan Tony Pua bahawa 1MDB bayar dua kali kepada IPIC adalah tidak benar. Pada Julai 2015, dalam Malaysiakini, Tony Pua, Setiausaha Publisiti DAP telah menuduh kerajaan memberi jaminan USD$4.71 billion pinjaman kepada IPIC.
Tony Pua memetik laporan daripada Bursa Saham London untuk membuat tuduhan itu. Angka USD$4.71 billion itu juga adalah satu angka andaian Tony Pua semata mata.
Sebenarnya 1MDB hanya pernah membayar USD$3.5 bilion kepada IPIC dalam pelbagai bayaran yang IPIC pada mulanya menafikan. Angkanya bukan USD$4.71 billion seperti yang dituduh Tony Pua.
Berikut adalah ulasan Lim Sian See, mari kita analisa ;
“Sekarang IPIC dengan jelas telah mengakui dalam satu kenyataan mereka bahawa bayaran itu ada.
Dalam satu kenyataan Bursa Saham London IPIC, mereka menulis:
“Pihak-pihak juga telah bersetuju untuk memasuki perbincangan dengan niat yang baik berhubung kepada pembayaran yang dibuat oleh 1MDB Group kepada entiti tertentu.”
Ini bermakna bon AS$3.5 bilion itu akan diselesaikan berdasarkan kepada wang dari bayaran-bayaran tersebut.
1MDB juga tidak melepaskan hak untuk menyaman IPIC jika tiada persetujuan dicapai berkenaan pembayaran ini menjelang tahun 2020.
Keduanya, 1MDB tidak pernah membayar tambahan AS$2.5 bilion kepada IPIC dan tidak akan membayar AS$2.5 bilion kepada IPIC.
1MDB akan menggunakan wang yang akan dijana daripada unit dana AS$2.5 bilion yang sedia ada yang telah dijamin oleh Aabar.
Ini adalah dua cara bagaimana AS$2.5 bilion itu akan digunakan:
a) Membayar balik IPIC AS$ 1.2 bilion yang merangkumi AS$1 bilion yang mereka bayar kepada 1MDB pada bulan Jun 2015 dan AS$200 juta yang telah IPIC bayar untuk faedah ke atas bon AS$3.5 bilion pada tahun lepas.
b) 1MDB akan menyimpan AS$1.3 bilion yang selebihnya untuk membayar faedah ke atas bon AS$3.5 bilion sehingga tarikh matang.
Terdapat sedikit perbezaan dari penyelesaian yang diumumkan semalam dengan persetujuan pertukaran aset pada bulan Jun 2015. Mengikut perjanjian asal, tiada wang yang datang dari MOF sama sekali.
Para atas ini adalah antara ulasan yang dibuat oleh Lim Sian See berkaitan IPIC dan IMDB
Jadi, bagaimana Tony Pua menyimpulkan bahawa 1MDB telah membayar dua kali ganda? Angka yang mereka tuduh pun main agak agak sahaja. Mereka hanya sekadar buat spekulasi dan andaian semata mata.
Bila IPIC dan 1MDB berjaya selesaikan pertikaian ini secara baik, pembangkang pula seolah olah tidak boleh kenyataan bahawa perkara ini telah diselesaikan. Penyelesaian untuk 1MBD dan IPIC itu juga dijawab satu persatu dan dengan jelas.
Daripada pertikai bab IPIC dan 1MDB yang sudah diselesaikan ini, lebih baik Tony Pua dan Rafizi tanya sama apa status tiga isu ini ;
1) Azmin Ali tentang wang penyelesaian SPLASH yang hanya bernilai RM250.6 juta tetapi dianggar bernilai RM2.7 billion
2) Geng “along” mana yang boleh beri pinjaman sampai RM500,000 kepada Adam Rosly? Apakah PKR selama ini “back up” sindiket along ini Selangor?
3) Duit YAWAS bernilai RM10 juta di Selangor telah didakwa disalahgunakan, Teresa Kok sudah akui duit YAWAS ini. Kenapa Azmin Ali diam sahaja?
Apakah Azmin Ali menjawab dengan terperinci dan jelas seperti jawapan penyelesaian IPIC dan 1MDB pada ketiga tiga isu ini? Tidak sama sekali.
Di Selangor, dari RM1.00 yang patut rakyat dapat, 80 sen sudah masuk kepada Adam Rosly, Teresa Kok dan kroni kroninya. Minta lagi 20 sen dari rakyat untuk caj plastik.
Tanya tiga isu ini dulu pada Azmin di Selangor. Itu belum lagi isu kehilangan Forex Scandal bernilai RM44 billion yang sunyi sepi tiada penyelesaian sampai hari ini. Apakah bapa angkat Azmin, Mahathir pernah menjawab isu RM44 billion ini? Tidak.
Apa yang hendak disembunyikan Azmin dan bapa angkatnya, Mahathir dalam isu isu ini? Jawablah. Jangan asyik menyoal orang lain sahaja sedangkan isu sendiri masih belum dijawab.
Satu persatu penyelesaian dan rasionalisasi sudah 1MDB selesaikan. Azmin dan Mahathir bila hendak menjawab pula isu isu yang tertunggak itu? Hendak tunggu bila?
*******
Rujukan:
“1MDB: Pakatun Bengang, Penyelesaian Dengan IPIC Mendedahkan Temberang Mereka”
https://huluselangor.com/1mdb-pakatun-bengang-penyelesaian-dengan-ipic-mendedahkan-temberang-mereka/
“Penyelesaian IPIC-1MDB April 2017: Apa Yang Kita Perlu Tahu”
US DOJ kata “YA” tetapi 1MDB berkata “TIDAK”. Mengapa?
US DOJ kata “YA” tetapi 1MDB berkata “TIDAK”. Mengapa? (sambungan)