Ini surat balasan dari peguam Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan.
Pihak sebelah sana suka fitnah.
Sampai fitnah ini dibawa ke perutusan dalam TV bahawa saya pernah minta campur tangan PM dalam kes-kes mahkamah saya.
Kononnya ini sebab PM8 dijatuhkan. Bukan sebab mereka gagal segagalnya untuk mengawal Covid negara yang sudah menjadi antara paling parah dalam dunia serta ekonomi yang semakin merudum sehingga pasaran saham Malaysia jadi kedua paling corot dalam dunia bagi tahun 2021.
Sehingga Ketua Penerangan PPBM melanjutkan fitnah PM dalam posting FB dia dengan merujuk nama saya.
(Sesiapa yang masih kata PM8 tak sebut nama saya pun boleh rujuk posting Ketua Penerangan dia yang secara jelas kaitkan nama saya dengan fitnah dalam perutusan PM8.)
Tapi bila dituntut beri bukti dalam mahkamah, mereka jawab pula bahawa mereka cuma dengar dari khabar angin. Tak ada bukti.
Sekadar tanya soalan sahaja. Kononnya nak beri peluang saya jawab.
Bahawa ini hak kebebasan mereka untuk bertanya di bawah perlembagaan persekutuan.
Itu jawapan Wan Saiful.
Dengan merujuk jawapan rasmi peguam Wan Saiful, peguam saya juga telah hantar surat tuntutan yang sama kepada PM8.
Menuntut dia jawab secara jelas jika dia yang salurkan “khabar angin” berkenaan saya kepada Wan Saiful dan juga tuntut dia mengulas bila dan bagaimana saya pernah minta dia campur tangan dalam kes-kes mahkamah saya.
Kami beri tempoh sehingga hari esok untuk dia jawab.
Kita sama-sama tunggu jawapan PM8.
Kami akan tentukan langkah seterusnya setelah menerima jawapan dia.
Kamu boleh kritik dan kecam saya tetapi jangan fitnah saya lagi.
Sebab saya telah bosan dengan fitnah-fitnah yang tak henti-henti, penggunaan propaganda media serta penyalahgunaan agensi kerajaan terhadap saya.
Ini posting saya sebelum ini untuk menjawab fitnah Ketua Penerangan PPBM: