Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas kepimpinan Dap yang melemparkan tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) terhadap pembangunan Negeri Pulau Pinang sebelum ini.
Dalam hal ini, Shahril menerangkan tentang apa sebenarnya yang telah BN lakukan terhadap Pulau Pinang.
“Daripada 1981 hingga 2018, kerajaan BN membelanjakan RM24.75 bilion untuk pembangunan di Pulau Pinang.
“Ini termasuklah 4.5 bilion yang dibelanjakan untuk membina jambatan kedua Pulau Pinang pada tahun 2009 walaupun waktu itu BN tak lagi menguasai kerajaan negeri,” katanya.
Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata demikian menerusi penerangan video pendek #Sambung Yang Tergendala.
Shahril juga menegaskan bahawa BN tidak membatalkan jaminan pinjaman RM2 bilion untuk projek LRT Pulau Pinang sebalinya ia dilakukan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang membatalkannya.
“Pembatalan projek kereta kable Penang RM100 juta, ini pun dibatalkan oleh kerajaan PN dan bukan BN. Cuma kalau dibatalkan pada Mei 2020, maka orang tengah susah waktu COVID, maka rasanya kereta kabel boleh tangguh dulu.
“Projek Penang South Islands projek tambak laut yang akan memberi kesan kepada alam sekitar dan nelayan. Selagi kerajaan negeri Dap tak boleh meyakinkan Jabatan Alam Sekitar, maka memang projek ini akan on-hold… tak kan ini pun salah BN.
“Penangguhan pembesaran lapangan terbang Pulau Pinanag, sebenarnya kerajaan BN luluskan pembesaran pada 2018 sebelum PRU-14 tapi dengan keadaan ekonomi dan COVID dan industri penerbangan yang masih tak menentu maka projek pembesaran lapangan terbang ditangguhkan … bukan Penang saja.”
Rumusannya tegas Shahril, Rumusannya Dap melemparkan segala dakwaan ini sebab risau dengan kebangkitan BN.
“Cuma yang menarik dua perkara kerana semua dakwaan itu berlaku bukan zaman BN sebaliknya zaman PN
“Yang kedua kalau nak gambarkan itu sebagai balas dendam, kita tukar perancangan selepas PH jatuh sekurang-kurangnya kita tak adalah nak tarik pembiayaan daripada TAR Kolej sedangkan itulah balas dendam sebenar yang dibuat oleh Menteri Kewangan zaman PH,” bidas beliau lagi.