Dakwaan Bahawa Terdapat Kes Positif COVID-19 Di PPV Adda Height Adalah Tidak Benar

0
193
dakwaan-bahawa-terdapat-kes-positif-covid-19-di-ppv-adda-height-adalah-tidak-benar

SEBENARNYA:

Tiada kes positif Covid-19 dikesan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Adda Height di sini, sebagaimana tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr Aman Rabu berkata, mesej terbabit adalah tidak benar.

Katanya, tiada laporan tiga warganegara Bangladesh positif Covid-19 dikesan ambil vaksin di PPV terbabit.

“Menurut laporan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru, berita tidak benar, tiada tiga orang Bangladesh yang positif Covid-19 dikesan,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Mesej tular itu meminta orang ramai yang pergi ke PPV berkenaan supaya berhati-hati kerana minggu lalu terdapat tiga warganegara Bangladesh yang mengambil vaksin positif Covid-19.

Mesej itu turut menyatakan PPV berkenaan juga tidak ditutup untuk proses sanitasi awam dan tidak selamat dikunjungi.

SUMBER:

Harian Metro
Berita Harian

MAINKAN PERANAN ANDA!

Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,

Salurkan Kepada Kami
TIDAK PASTI JANGAN KONGSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.