China catat kematian pertama akibat koronavirus

0
270
Pihak berkuasa tempatan di Wuhan, China pada Ahad mengesahkan bandar itu dilanda wabak pneumonia dan puncanya belum dapat dipastikan | pakdin.my

BEIJING: Bandar Wuhan di China mencatatkan kematian pertama akibat pneumonia yang disebabkan koronavirus, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan dikeluarkan Jabatan Kesihatan bandar itu pada Sabtu.

“Sebanyak 41 kes jangkitan akibat koronavirus sejenis kumpulan virus baru. Dua lagi pesakit dibenarkan keluar hospital, 7 lagi berada dalam keadaan kritikal, seorang maut sementara yang lain stabil,” kata jabatan itu.

Kira-kira 740 orang, termasuk 419 doktor, diletakkan di bawah pemantauan kerana mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit.

Pihak berkuasa tempatan di Wuhan pada Ahad mengesahkan bandar itu dilanda wabak pneumonia dan puncanya belum dapat dipastikan.

Pada Khamis, media China melaporkan wabak itu disebabkan oleh koronavirus sejenis kumpulan virus baru.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.