HomeBERITACEO LHDN Hadiahkan Kereta Setengah Juta Buat Bini???

CEO LHDN Hadiahkan Kereta Setengah Juta Buat Bini??? - huluselangor.com

SEMALAM, kecoh kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Sabin Samitah…hadiahkan kereta harga setengah juta buat isteri tersayang.

Siap poster bagai mencerita hal itu. Dengar aje, hati terus panas. Wah.. Banyaknya duit… Sesuka hati belikan bini kereta mewah camtu.Terus tanya kawan yang kerja di LHDN.

Berbeza dengan penulis yang emosi, terus percaya, rakan di LHDN tu seorang yang lebih tenang dan dikenali di kalangan rakan-rakan kami pun sebagai seorang yang bijak.

Dia memberitahu penulis beberapa perkara yang kemudiannya membuka mata.

Pertama sekali, tidak dinafikan memang CEO hadiahkan kereta kepada isterinya, tapi banyak point tokok-tambah yang menyebabkan ramai tak faham isu dan terus marah.

Dia memberitahu, kereta yang dibeli dalam RM300,000 lebih sikit aje, bukan sampai RM500,000 atau RM1 juta.

Dan kata rakan admin, kereta itu bukan dibeli tunai, sebaliknya bayar muka dan bayar bulanan, sama macam jutaan rakyat Malaysia buat.

“Dan bro, pinjaman bank yang dibuat lagi tinggi pada down-payment, jadi takda la apa isu pun, setakat seorang CEO antara agensi terbesar kerajaan nak beli kereta dalam RM300,000 untuk bini dia dengan hutang bank, takda la apa pun yang pelik,” kata rakan penulis.

Sudah tentu beliau boleh bayar la setakat kereta harga RM300,000. Ceh…penulis pun emosi tak kena tempat.

Faham isu.. Baru tahu.. Takda la apa benda pun.

Mungkin ada yang tak puas hati dengan CEO tu kot… Tu yang rajin sampai buat poster bagai.. Saje nak bagi orang buruk sangka.

Lepas tahu isu sebenarnya… Penulis pun rasa bersalah…

Harap tuan CEO dapatkan maafkan penulis dan ramai lagi yang terpedaya kat luar tu.

Harap juga yang rajin menyebarkan berita sampai buat poster apa semua, insaf la sekali.

HomeBERITACEO LHDN Hadiahkan Kereta Setengah Juta Buat Bini???

Berkaitan

POPULAR