Pernah tak anda rasa mahu berehat dari menggunakan Instagram, kerana sering rasa terganggu untuk menggunakannya, sehingga mengabaikan keluarga dan aktiviti harian? Jika pernah, ada dua pilihan yang boleh dilakukan pada akaun anda itu.
Pertama ialah memadam terus akaun Instagram. Dengannya, tiada sesiapa pun yang boleh menjumpai akaun anda lagi dan anda anda perlu mencipta akaun baru jika mahu menyertai Intagram semula. Kedua ialah menyahaktifkan akaun anda, bermaksud anda hilangkan akaun anda untuk tempoh waktu tertentu dan muncul semula pada bila-bila masa yang anda mahu.
Muat turun data Instagram
Jika anda pilih untuk padam akaun Instagram, pastikan anda muat turun data dari akaun itu terlebih dahulu. Anda boleh lakukannya melalui komputer atau menggunakan aplikasi di telefon. Untuk memindahkan data, anda boleh ikut cara di bawah:
a. Muat turun data melalui komputer
- Log masuk ke akaun Instagram, pergi ke gambar profil dan klik setting.
- Klik Privacy and Security.
- Pergi ke bahagian Data Download dan klik Request Download
- Masukkan alamat e-mel anda dan tekan next
- Masukkan kata laluan Instagram anda dan klik Request Download
- Anda akan terima e-mel dengan pautan ke data Instagram, kurang dari 48 jam. Klik Download Information dan ikut arahan yang tertera untuk menyelesaikan proses itu.
b. muat turun data melalui aplikasi telefon
Untuk lakukannya menerusi telefon, anda boleh ikut langkah ini:
- Log masuk ke akaun anda, pergi ke profil dan pilih setting
- Pilih Security
- Di bahagian Data and History, pilih Download data
- Masukkan alamat e-emel dan tekan Request dowload
- Masukkan kata laluan Instagram, tekan next
- Instagram akan mula menghasilkan fail data anda, tekan done
- Anda akan terima e-mel dengan pautan ke data Instagram. Klik Download Data dan ikut arahan untuk menyelesaikan muat turun maklumat anda.
Fail yang anda akan terima bukan sahaja mempunyai gambar dan video yang pernah anda muat naik. Tetapi ia juga mengandungi data seperti kandungan mesej inbox, akaun yang anda ikuti, akaun yang ikuti anda, semua komen yang pernah anda tulis dan gambar atau video yang pernah anda like.
Cara padam akaun Instagram
Setelah selesai muat turun data Instagram, kini anda boleh bersedia untuk padamkan akaun anda itu. Berikut merupakan caranya:
- Pergi ke halaman Padam Akaun Anda daripada pelayar mudah alih atau komputer. Jika anda belum log masuk ke Instagram di web, anda akan diminta untuk log masuk terlebih dahulu. Anda tidak boleh memadamkan akaun anda dari dalam aplikasi Instagram.
- Pilih alasan untuk padam akaun
- Masukkan kata laluan.
- Kemudian klik butang delete.
Instagram mengatakan bahawa, masa yang diambil untuk menghapus akaun dan data secara kekal memakan masa sehingga 30 hari. Sepanjang tempoh itu, akaun Instagram anda tidak boleh lagi diakses.
Cara nyahaktifkan akaun Instagram
Sekiranya anda sukar meninggalkan rakan di Instagram dan kenangan di situ, anda boleh nyahaktifkannya sahaja untuk seketika. Sepanjang tempoh nyahtaktif ini, tiada sesiapa pun dari kalangan kenalan anda boleh mengakses akaun anda. Berikut merupakan langkah menyahaktifkan akaun Instagram:
- Buka akaun Instagram dan pergi profil anda
- Tekan edit profile
- Kemudian scroll ke bawah dan tekan temporarily disable my account (matikan akaun saya buat sementara waktu)
- Pilih sebab mengapa anda mahu menyahaktifkan akaun
- Masukkan kata laluan di bawahnya
- Klik Temporarily disable account
Anda hanya perlu log masuk semula ke aplikasi Instagram, sekiranya ingin mengaktifkan akaun anda semula. Caranya sangat mudah, jadi jika anda rasa terbeban dengan sosial media, anda boleh ikut langkah yang telah dikongsikan.
[Sumber: usatoday]
[Sumber gambar: Kaspersky]