Penyanyi rap dan selebriti media sosial kontroversi, Caprice, dilaporkan sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita misteri hari ini.
Dalam satu laporan berita di sebuah portal tempatan, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, didakwa selamat melangsungkan perkahwinannya menerusi sekeping gambar yang tular di media sosial.
Menerusi gambar tersebut, Caprice dilihat menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis seorang wanita di pelamin dengan masing-masing memakai persalinan berwarna putih.
Menurut Pengurusnya, Aiman, dia juga tidak tahu sejauh mana kesahihan perkara tersebut namun mengakui mengenali wanita yang dimaksudkan dalam gambar yang tular.
Setakat ini tiada sebarang informasi atau pengesahan daripada tuan punya badan menerusi mana-mana platform termasuk kenyataan rasmi.