PUTRAJAYA – Insiden bumbung sebuah premis Flying Emporium di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di sini berjaya dikawal sepenuhnya meskipun mengalami kebocoran akibat hujan lebat petang tadi.
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitter berkata, kebocoran bumbung yang berlaku pada pukul 3.40 petang itu dapat dihentikan dalam tempoh 20 minit dan insiden itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian.
“Pasukan operasi lapangan terbang bertindak dengan pantas menggerakkan petugas dan jentera ke sana untuk menangani insiden itu.
“Pergerakan para penumpang juga telah diarahkan kepada satu bahagian yang tidak terjejas akibat insiden itu sewaktu mesin vakum menyedut air yang bertakung di premis berkenaan,” katanya.
MAHB turut berkata, insiden itu sedang disiasat dan tindakan bagi menambah baik infrastruktur sentiasa dilaksanakan.
Selain itu, pihaknya juga memohon maaf terhadap sebarang kesulitan yang timbul terhadap para pelanggan dan rakan niaga. – K! ONLINE
Kenapa dengan KLIA eh? pic.twitter.com/JyPggaBm5X
— Even Dead I’m The Hero (@__loveshak) October 7, 2019