HomeBERITA BOMBA SELAMATKAN DUA LELAKI DARIPADA HANYUT AKIBAT KEPALA AIR DI PERTAK,...

[VIDEO] BOMBA SELAMATKAN DUA LELAKI DARIPADA HANYUT AKIBAT KEPALA AIR DI PERTAK, KUALA KUBU BHARU - huluselangor.com

KUALA KUBU BHARU: Tindakan pantas pasukan bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu berjaya menyelamatkan dua lelaki daripada lemas dibawa arus deras di Air Terjun Kampung Asli Pertak, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Muhammad Shamsuri Samsudin,40, dan Abdul Arif Fikri Ismail,20, terperangkap di tengah-tengah air terjun tersebut akibat arus deras kepala air selepas hujan lebat.

Menurut jurucakap bomba, kedua-dua mangsa bagaimanapun sempat naik ke atas batu besar untuk menyelamatkan diri.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghubungi pihak bomba dan kecekapan pasukan penyelamat itu berjaya menyelamatkan mereka tanpa sebarang kecederaan,” katanya di sini.

20161119-bomba-selamat-kepala-air-pertak

HomeBERITA BOMBA SELAMATKAN DUA LELAKI DARIPADA HANYUT AKIBAT KEPALA AIR DI PERTAK,...

Berkaitan

POPULAR