BN, UMNO Sembrong Takkan “Jadi Kambing Hitam” – Hishammuddin Tun Hussein

Pakatan Harapan terbukti mempunyai masalah dalaman antara satu sama lain sehingga sanggup menuduh berlaku gerakan mewujudkan kerajaan baharu tanpa Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

Ahli Parlimen Sembrong,  Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang didakwa mengepalai gerakan tersebut berkata, keretakan hubungan gabungan itu kini terbukti namun cuba ditutupi dengan menjadikan parti pembangkang sebagai kambing hitam.

Bekas Menteri Pertahanan itu juga menepis tuduhan yang dianggapnya  tidak berasas – Malaysia Gazette