BN menang besar bakal tubuhkan kerajaan

0
146
bn-menang-besar-bakal-tubuhkan-kerajaan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN, sekali gus memenangi pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti dua pertiga.

Sulaiman Md Ali dijangka dilantik Ketua Menteri baharu setelah beliau memenangi kerusi Lendu.

Antara kerusi lain yang dimenangi oleh BN ialah Ayer Molek, Merlimau, Kuala Linggi, Ayer Limau, Taboh Naning, Tanjung Bidara dan Kelebang.

Antara keputusan utama PRN itu ialah kemenangan Abd Rauf Jusoh (BN) di Tanjung Bidara, menewaskan calon Ketua Menteri PN, Mas Ermieyati Samsudin di Tanjung Bidara.

BN turut membuat kejutan di Gadek. Calonnya VP Shanmugam menewaskan penyandang kerusi itu G Saminathan dari Pakatan Harapan-DAP.

PH juga gagal mengekalkan kerusi Durian Tunggal dengan calon BN Zahari Kalil, unggul di situ.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.