Akui pernah jadi antivaksin, Abang Siti Sarah mohon maaf pada Frontliners

0
344
Akui pernah jadi antivaksin, Abang Siti Sarah mohon maaf pada Frontliners

Umum maklum keadaan abang kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous Raisuddin, 40, yang bertarung melawan Covid-19 pada Ogos lalu.

Namun baru baru ini, Firdous tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi siaran langsung di Facebook miliknya.

Difahamkan, Firdous memohon maaf kepada seluruh petugas barisan hadapan dan memberikan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus menyelamatkan nyawanya.

Menerusi siaran langsung diadakan Firdous mengakui pernah terikut dengan dakyah antivaksin.

“Pada mereka yang saya pernah tulis pembunuhlah, apalah, saya mohon maaf banyak-banyak pada doktor dan berterima kasih.

“Mereka bertungkus lumus menyelamatkan nyawa saya ni. Frontliners yang menjaga di ICU saya. Yang kita ni kata nurse tu nak bunuh kita. Itulah, bila dah kena baru tahu. Baru rasa teruklah kita ni menyebar benda tak benar. Tak baik, padahal dia yang tolong kita.

“Yang mana orang kata saya antivaksin, tak apalah, itu pengalaman dan pengajaran untuk saya. Saya terima kecaman itu semua.

“Saya berterung terang, walaupun sebelum ini saya antara pengikut antivaksin tapi apabila dah terkena jangkitan baru saya tahu perit untuk melawan Covid-19,” katanya.

Dalam pada itu, Firdous berjanji akan menerima vaksin setelah sembuh dan turut menekankan orang ramai akan kepentingan vaksin.

“Insya-Allah bila dah sihat, saya akan ambil vaksin sebab bila kena Covid walaupun level 1 atau dua, anda boleh jangkit pada orang lain,” katanya lagi.

Sebelum ini, Firdous dijangkiti Covid-19 pada awal Ogos lalu dan dirawat di Hospital Serdang sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Pantai di Bangsar untuk rawatan selanjutnya.

Firdous bersama keluarga disahkan positif Covid-19 penghujung Julai lalu dan wabak itu telah mengakibatkan adiknya, penyanyi Siti Sarah dan pembantu rumah meninggal dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.