Berkenaan UMNO Selangor, ini pendirian kami :

PEMUDA UMNO DAMANSARA

1. Urus tadbir dan sebarang hasil persetujuan mesyuarat seharusnya dikawal selia dengan baik oleh kepimpinan UMNO Selangor dan tidak menggunapakai ‘media umum’ sebagai medan terbuka perbalahan kepimpinan UMNO Selangor.

2. Apa pun keputusan dan persetujuan secara ‘kolektif’ seharusnya diuruselia dengan baik dan penuh budi bicara. Jika tidak cerminan persepsi negatif untuk kesan jangka panjang reputasi UMNO Selangor akan berlaku dan jelas akan merugikan parti umumnya.

3. Kepimpinan UMNO Selangor perlu dilihat lebih fokus kepada susunatur PRU15, samada mendekati rakyat atau persedian khusus bagi siap siaga ke arah menjadi ‘bakal kerajaan’ yang seharusnya dilihat meyakinkan.

4. UMNO Selangor perlu dilihat meyakinkan sebagai ‘bakal kerajaan’ yang lebih bersiap sedia. Perhalusi setiap segmen pengundi, merangka gerak tindak dan pelan dasar pemangkin ekonomi rakyat dan negeri, dasar keharmonian dan perpaduan negeri perlu ditambah baik. Sepatutnya juga memperhalusi ‘silap tadbir’ dasar dan polisi kerajaan sedia ada dan amat perlu pelan tindakan ke arah perancangan effektif yang memberi impak ‘nilai tambah’ untuk rakyat dan pengundi.

5. Sebagai sebuah keluarga UMNO Selangor yang besar, seharusnya asam garam perselisihan dan konsep ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ itu perkara lumrah dan memerlukan kebijaksanaan kepimpinan utk mengurus segala ketidak fahaman.

6. Setiap perkara yg dibincangkan dan dipersetujui dalam perbincangan tertinggi perhubungan Negeri, perlulah menjadi asas kepada gerak tindak dan capaian ‘persetujuan kolektif’ tidak perlu menjadi ‘politikal dividen’ bagi mana-mana individu yg bersikap ‘Opportunist’ meraih keuntungan politik.

7. Rakyat serta ahli memerhati dan menilai setiap gerak tindak kepimpinan, maka keyakinan kepada terjemahan kertas undi itu adalah bermula dari asas kepada keyakinan barisan dan saf kepimpinan.

8. Seharusnya pimpinan UMNO Selangor tidak jadikan cerminan serta ikutan situasi huru hara kerajaan PH dalam pentadbiran dalaman parti mereka dan ini seharusnya menjadi peluang paling baik kepada UMNO Selangor mengatur gerak tindak yg lebih tersusun, berhemah dan effektif terhadap pengundi dan rakyat.

9. Amat perlu dan wajib setiap Ahli dari pelbagai aras jawatan untuk menjaga kerukunan serta reputasi nama baik UMNO Selangor. Kepimpinan walau apa juga pangkat dan jawatannya tidak berhak sama sekali mempertaruhkan kredibiliti dan nama baik UMNO Selangor.

10. Kepimpinan tetap melalui tauladan dan UMNO Selangor seharusnya kearah membina dan memperkaya masa depan generasi.

Pemuda UMNO Damansara mendesak agar diselesaikan segera segala konflik mengguna pakai kaedah ‘keharmonian berkeluarga’ supaya tidak merugikan masa depan UMNO Selangor.

Harap maklum.

Amin B. Mohd Shukor
Ketua Pemuda UMNO Damansara.

#SelamatkanNegaraku
#SetiaBersahabat

P/S : bagi media yang menghubungi saya, pendirian saya jelas kepada ‘UMNO Centric’ berbanding ‘Leader Centric’…harap maklum ?