Beri kupon makan percuma di Rantau, Wanita Umno gesa tindakan terhadap PKR [#PRKRantau]

Wanita Umno menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap PKR kerana memberi kupon makanan percuma bernilai RM75,000 di Rantau.

Ketuanya berkata parti kerajaan itu menggunakan taktik kotor yang melanggar undang-undang pilihan raya, lapor Sinar Harian.

“Walaupun tempoh kempen belum bermula tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan ini boleh dianggap sebagai satu kesalahan dalam pilihan raya. Ini juga boleh dianggap rasuah PRK kerana berlaku dalam kawasan pilihan raya,” kata Datuk Noraini Ahmad.

“Justeru, Wanita Umno mendesak agar SPR mengambil tindakan tegas agar PRK Rantau dapat berjalan dengan bersih dan tanpa prejudis.”

Wakil rakyat PKR Michael Teo semalam dilapor memberi sumbangan kupon kepada 300 pelajar miskin di lima buah sekolah, di sana.

Mendakwanya sebagai pemberian peribadi, ahli parlimen Miri itu mengatakan ia dilakukan selepas diminta calon PKR Dr S Streram.

Pengerusi SPR Azhar Harun sebelum ini mengeluarkan kenyataan agar calon PRK Rantau tidak menyalahguna aset bagi meraih undi.

Berita Pilihan Raya Kecil DUN Rantau
https://huluselangor.com/tag/prk-rantau

More From Forest Beat

[VIDEO] BN buat persiapan awal, gerak jentera hadapi PRK Sungai Bakap...

Barisan Nasional (BN), khususnya UMNO, telah membuat persiapan awal bagi membantu menggerakkan jentera dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai...
PILIHAN RAYA
1
minute
Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor calon PN di PRK DUN Kuala Kubu Baharu

Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor calon PN di PRK DUN Kuala...

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama gabungan politik berkenaan di Batang Kali malam ini 25 April...
PILIHAN RAYA
0
minutes

PRK DUN Kuala Kubu Bharu bermula esok

Bermula 9 pagi, bakal calon daripada parti yang bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC).
PILIHAN RAYA
0
minutes

MoU kerajaan-PH sah tidak disambung

Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Ismail yang...
POLITIK
1
minute
spot_imgspot_img