BELANJAWAN 2021: Defisit belanjawan PH 2019 lebih rendah kerana jarah duit Petronas kat Najib

0
1348

Walaupun dikatakan bajet paling besar dalam sejarah, jumlah saiz bajet 2021 sebanyak RM322.4 bilion sebenarnya hanya RM8 bilion lebih besar dengan saiz bajet tahun 2019 masa kerajaan PH sebanyak RM316.5 bilion.

Namun defisit bajet tahun 2021 adalah lebih besar berbanding tahun 2019 sebab:

– Kerajaan PH ambil RM54 bilion dari Petronas untuk meningkatkan hasil kerajaan tahun 2019 supaya defisit bajet tak nampak begitu besar. Petronas diramal hanya mampu membayar dividen sebanyak RM18 bilion untuk tahun 2021.

– Hasil cukai petroleum pada tahun 2019 adalah lebih tinggi berbanding tahun 2021 di mana harga minyak dunia dijangka lebih rendah.
Walaupun ramai Raykat yang bulat-bulat telan propaganda PH bahawa kerajaan PH terpaksa jarah Petronas pada tahun 2019 sebab mahu bayar balik tunggakan refund GST RM18.2 bilion yang kononnya dirompak BN, laporan PAC untuk GST telah membuktikan bahawa refund itu tidak dirompak dan masih ada dalam akaun kerajaan.

Sebenarnya, Petronas dijarah tahun 2018 dan 2019 sebab kerajaan PH perlu tanggung kekurangan hasil kerajaan akibat mengganti GST dengan SST dan juga untuk menanggung hasil yang hilang akibat tax holiday 3 bulan tahun 2018.

Jika kerajaan PH dahulu tak buat langkah tak masuk akal serta populis pada tahun 2018 sehingga menjarah begitu banyak dari Petronas, jumlah perbelanjaan untuk tahun 2021 mampu bertambah RM56 bilion – iaitu perbezaan RM20 bilion sebab hasil GST lebih tinggi berbanding SST dan perbezaan dividen Petronas (RM54b tolak RM18b).

Selain itu, ruang untuk perbelanjaan dan defisit lebih besar bagi bajet 2021 telah dinafikan PH apabila mereka naikkan nisbah hutang kerajaan kepada KDNK dari 48.7% pada suku 1 tahun 2018 ke 54.4% pada suku 1 tahun 2020 akibat menaikkan hutang kerajaan sebanyak RM140 bilion dalam tempoh 22 bulan Gagalkrasi mereka di mana defisit kerajaan dinaikkan berbanding penurunan defisit negara untuk 8 tahun berturut-turut masa saya PM.

Maka timbulnya kebimbangan bahawa bajet tahun 2021 akan kurang efektif untuk menyelamatkan ekonomi pada zaman Covid sebab ianya hanya sedikit lebih besar berbanding bajet tahun 2019 di mana ekonomi kita tetap terjejas walaupun masa itu krisis Covid tak wujud.

Pertimbangan ini adalah antara salah satu faktor yang mendorong saya membuat saranan untuk melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan membenarkan pengeluaran “one-off” sehingga RM10k dari akaun 1 KWSP sebab dana ini tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pengiraan defisit negara.

Pada pendapat saya, dana ini amat diperlukan untuk menaikkan kitaran wang dalam ekonomi pada masa perbelanjaan kerajaan adalah terhad dan wang yang dikeluarkan dari akaun pencarum pada masa ini mampu dipulihkan dengan sokongan kerajaan dalam masa setahun atau dua tahun lagi pada masa hadapan selepas krisis Covid berlalu.

Rujukan:

Petronas jahanam di jarah PH kata Najib

 

Walaupun dikatakan bajet paling besar dalam sejarah, jumlah saiz bajet 2021 sebanyak RM322.4 bilion sebenarnya hanya RM8…

Posted by Najib Razak on Friday, 6 November 2020

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.