Azilah jumpa VIP di luar Penjara Kajang pada Feb: Shafee

0
438

Bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) polis, Azilah Hadri yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati didakwa dibawa keluar dari Penjara Kajang pada Februari tahun ini untuk berjumpa dengan seorang VVIP, kata peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Peguambela bekas perdana menteri Najib Razak itu memberitahu wartawan pagi tadi bahawa dia percaya terdapat komplot untuk membunuh kerjaya politik Najib.

Dia mendakwa beberapa orang termasuk ejen kerajaan Malaysia juga ke Australia untuk berjumpa dengan bekas anggota UTK, Sirul Azhar Umar, yang di bawah tahanan imigresen negara berkenaan untuk memujuknya untuk tampil membuat kenyataan menentang Najib.

“Saya sedar sejak Februari, Azilah telah dikunjungi dan terdapat maklumat yang sangat dipercayai, yang saya tidak boleh sahkan, bahawa Azilah berjumpa dengan seorang VVIP di luar penjara pada Februari,” kata Shafee ketika ditemui di Istana Kehakiman di Putrajaya.

Shahfee berada di sana untuk mewakili Najib, untuk mencelah dalam permohonan Azilah di Mahkamah Persekutuan untuk mengkaji semula sabitan dan hukuman mati ke atasnya kerana membunuh model warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Walau bagaimanapun, peguam itu enggan mendedahkan identiti VVIP berkenaan atau memberi sebarang maklumat sama ada individu itu adalah seorang ahli politik daripada mana-mana parti.

“Di luar penjara, bukan di dalam penjara. Ini apabila dia sedang menunggu hukuman mati. Ini benar-benar langgar protokol, tetapi seperti yang saya katakan, saya tidak boleh mengesahkannya, saya sedang cuba untuk mendapatkan kepastian.

Menurut Shafee, beberapa orang, yang didakwa termasuk ejen Malaysia dan wartawan Australia, juga telah melawat Sirul di sebuah pusat tahanan di Australia awal tahun ini.

Dakwanya, mereka yang terlibat itu cuba memujuk bekas komando polis yang juga dijatuhi hukuman mati atas pembunuhan Altantuya, untuk membuat kenyataan menentang Najib.

“Mengenai Sirul, saya tahu beberapa ejen Malaysia termasuk wartawan Australia yang telah diarah oleh beberapa orang dan telah melawat Sirul, cuba memujuknya untuk membuat kenyataan, seperti Azilah.

“Semua ini berlaku pada tahun ini dan saya tahu bahawa kali terakhir mereka melawat Azilah adalah pada suku terakhir tahun ini.

“Ini adalah tindakan mala fide untuk mewujudkan sensasi terhadap anak guam saya,” kata Shafee.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.