HomeBERITAAMBanjir: Asyraf Wajdi mohon PM benarkan RM10,000 one-off KWSP

Banjir: Asyraf Wajdi mohon PM benarkan RM10,000 one-off KWSP - huluselangor.com

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Ahmad Dasuki memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membenarkan pengeluaran RM10,000 secara one-off daripada simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata, meskipun banyak pihak dilihat tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP itu, namun, perkara itu amat penting bagi rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas bencana yang menimpa.

“Walaupun hanya seketika sahaja, sempat saya buat kesekian kalinya menyuarakan kepada Ismail Sabri bagi pihak rakyat yang ramai amat mengharapkan RM10,000 KWSP secara one-off.

“Walaupun kini banyak pihak seperti Kesatuan Sekerja sudah mulai menekan Perdana Menteri supaya tidak membenarkan lagi pengeluaran KWSP, saya merasakan pengeluaran untuk kali terakhir ini penting bagi kebanyakan rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka akibat terkesan dengan pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pelbagai komitmen dan hutang tertunggak.

“Malah, ada pula yang sudah jatuh ditimpa pula tangga akibat banjir luar biasa yang melanda di banyak tempat seluruh Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Baca juga:
Jentera UMNO komited bantu rakyat terkesan banjir – Ahmad Maslan
Pemuda UMNO tak henti jadi penyambung lidah rakyat untuk teruskan kehidupan – Dr Asyraf
Pemuda UMNO tidak pernah berhenti ‘follow-up’ #TuntutanRAKYAT – Dr Asyraf

Original Article

HomeBERITAAMBanjir: Asyraf Wajdi mohon PM benarkan RM10,000 one-off KWSP

Berkaitan

POPULAR