Ada desas-desus mengatakan pimpinan dalam sebuah parti bercerai dengan Isteri setelah 14 tahun berkahwin kerana mengalami Skizofrenia Paranoid.
Apa itu Skizofrenia Paranoid? Baca seterusnya…
Skizofrenia paranoid merupakan jenis skizofrenia yang paling umum terjadi pada masyarakat. Skizofrenia sendiri merupakan penyakit gangguan otak yang menyebabkan penderitanya mengalami kelainan dalam berfikir, serta kelainan dalam merasakan atau mempersepsikan keadaan sekitarnya. Pada asasnya, penderita skizofrenia memiliki masalah dalam menyesuaikan fikirannya dengan realiti yang ada
Pada dasarnya, paranoid merupakan salah satu gejala yang akan muncul pada penghidap skizofrenia. Oleh sebab itu, beberapa institusi tidak memisahkan antara skizofrenia dan skizofrenia paranoid. Meskipun demikian, tidak semua penghidap skizofrenia mengalami paranoid.
Pada penghidap, skizofrenia biasanya muncul pada masa akhir remaja hingga dewasa. Walaupun skizofrenia merupakan penyakit yang tanggung seumur hidup, dengan bantuan ubat-ubatan tertentu, gejala skizofrenia dapat diredakan dan penghidapnya akan lebih mudah untuk beraktiviti.
Gejala Skizofrenia Paranoid
Gejala utama skizofrenia paranoid adalah delusi dan halusinasi. Delusi atau khayalan merupakan keyakinan kuat akan suatu hal yang salah, serta hal tersebut tidak dapat dibantah oleh bukti apapun. Terdapat berbagai jenis halunisasi yang boleh muncul pada penghidap skizofrenia, iaitu:
Halunisasi kendali. Iaitu kepercayaan bahwa penderita sedang dikendalikan oleh suatu hal, seperti oleh alien ataupun pemerintah.
Delusi kejar. Iaitu kepercayaan bahwa penderita sedang dikejar-kejar oleh seseorang atau banyak orang.
Delusi rujukan. Iaitu kepercayaan bahwa penderita memiliki suatu benda penting yang ditujukan khusus untuk dirinya.
Delusi kebesaran. Iaitu kepercayaan bahwa penderita memiliki kemampuan luar biasa, posisi penting, atau kekayaan tidak terbatas.
Khusus bagi penderita skizofrenia paranoid, delusi yang paling dominan muncul adalah delusi kejar. Delusi kejar atau persekusi pada penghidap skizofrenia paranoid merupakan cerminan dari rasa takut dan cemas yang besar, serta cerminan dari kehilangan kemampuan untuk membezakan hal yang nyata dan tidak nyata. Gejala delusi kejar yang boleh dialami oleh penghidap skizofrenia paranoid, antara lain adalah:
Merasa pemerintah sedang memerhatikan aktiviti seharian dirinya.
Merasa orang sekitar sedang bersekongkol untuk mencederakan dirinya.
Merasa teman-teman atau orang terdekat mencuba membunuh dirinya, misalnya seperti merasa ada yang memasukkan racun ke dalam makanannya.
Merasa pasangannya sedang mengadakan hubungan sulit dengan orang lain.
Pada dasarnya penderita skizofrenia tidak memiliki potensi untuk bersikap kasar kepada lingkungan sekitarnya. Akan tetapi, adanya delusi yang sifatnya paranoid pada penghidap akan menyebabkan dirinya merasa terancam dan marah kepada orang-orang terdekat.
Penghidap skizofrenia paranoid juga akan menderita halusinasi, iaitu merasakan suatu perkara yang terasa nyata, namun sebenarnya tidak ada sama sekali. Contoh halusinasi yang sangat umum terjadi pada penderita skizofrenia adalah mendengar suara-suara yang sebenarnya tidak nyata. Suara yang didengari oleh penderita dapat dikaitkan dengan orang-orang terdekatnya. Selain itu, suara-suara yang didengari oleh penghidap dapat mendengar seperti menyuruh dirinya untuk melakukan perkara berbahaya. Selain mendengar suara-suara yang tidak ada, halusinasi juga akan menyebabkan penghidap seperti melihat benda-benda yang sebenarnya tidak nyata.
Penghidap skizofrenia paranoid juga akan mengalami perilaku kacau (disorganized behaviour), sehingga penghidap tidak dapat mengawal perilakunya di rumah maupun di lingkungan sekitarnya. Perilaku kacau yang dimiliki boleh mengakibatkan penderita menjadi:
Berkelakuan tidak sepatutnya atau tidak normal.
Sukar menjaga kestabilan emosi.
Sukar melakukan aktiviti rutin seharian.
Sukar mengawal hasrat dan keinginan.
Selain perilaku, penghidap skizofrenia juga boleh mengalami pertuturan tidak menentu, seperti mengulang kata-kata di tengah perbualan atau bahkan membuat kata-kata sendiri.
Delusi, halusinasi, serta perilaku dan perbicaraan kacau digolongkan menjadi gejala positif pada penderita skizofrenia. Selain gejala positif, penderita skizofrenia juga boleh mengalami gejala negatif (negative symptoms), di antaranya:
Tidak memiliki emosi.
Ekspresi wajah datar atau tidak berekspresi sama sekali.
Kehilangan ketertarikan terhadap aktivitas harian dan lingkungan sekitar.
Anhedonia, yaitu kehilangan ketertarikan terhadap kegiatan menyenangkan.
Gejala negatif perlu diperhatikan pada penderita skizofrenia karena dapat menimbulkan idea untuk bunuh diri. Dorongan untuk membunuh diri sering ditemui pada penghidap skizofrenia yang tidak ditangani dengan baik.
Semua gejala yang ditimbulkan akibat skizofrenia dapat menyebabkan gangguan terhadap pekerjaan, hubungan dengan orang lain, atau bahkan dalam merawat dirinya sendiri.
Penyebab dan Faktor Risiko Skizofrenia Paranoid
Hingga saat ini penyebab munculnya skizofrenia paranoid pada seseorang belum dapat dipastikan. Namun dipercayai kelainan pada otak dan sistem transmisi saraf, serta kelainan sistem kekebalan tubuh berperanan dalam menimbulkan skizofrenia. Beberapa faktor yang dipercayai boleh menyebabkan terjadinya skizofrenia pada seseorang, antara lain adalah:
Sejarah skizofrenia pada anggota keluarga lainnya.
Terkena infeksi virus pada waktu masih dalam kandungan.
Mengalami perlakuan tidak baik semasa masih kanak-kanak.
Mengalami perceraian orang tua pada waktu masih kanak-kanak.
Kekurangan oksigen pada waktu kelahiran.
Diagnosis Skizofrenia Paranoid
Untuk mendiagnosis skizofrenia, doktor akan bertanyakan sejarah timbulnya gejala yang dialami. Gejala yang dialami bertahan selama 1 bulan atau kurang bila sudah diubati. Gejala tersebut juga berulang dalam tempoh 6 bulan.
Untuk melihat kemungkinan keadaan kesihatan atau gangguan kesehatan jiwa lain yang mungkin menjadi penyebab atau menyertai gejala-gejala di atas, doktor atau psikiatri akan melakukan beberapa pemeriksaan tambahan, seperti:
Temuqbual psikiatrik untuk menyingkirkan kemungkinan gangguan jiwa lain, seperti gangguan skizoafektif, bipolar, depresi, atau kebergantungan terhatan ubat serta zat tertentu.
Ujian otak untuk melihat kemungkinan kelainan pada otak dan pembuluh darah.
Ujian air kencing untuk melihat kemungkinan kecanduan terhadap zat tertentu.
Pemeriksaan bilangan sel darah lengkap.
Ujian fungsi tiroid, hati, dan ginjal.
Ujian kadar elektrolit, gula darah, vitamin B12, asud folat, dan kalsium dalam darah.
Pemeriksaan kultur air kencing untuk melihat kemungkinan pesakit mengalami infeksi saluran kencing.
Ujian kehamilan, khususnya pada wanita dengan usia kehamilan aktif.
Bila diagnosis skizofrenia telah ditetapkan, diperlukan ujian fungsi ‘sublime’ untuk melihat kemampuan kognitif pesakit serta perancangan terapi.
Bagi penghidap skizofrenia, biasanya pada ujian fungsi ‘sublime’ akan ditemui:
Gangguan kemampuan mengingat.
Gangguan kemampuan melaksanakan kegiatan, seperti gangguan dalam merancang, mengatur dan memulakannya.
Mudah terganggu atau ‘sidetrack’ pada saat melakukan aktiviti. Mengalami kesukaran menangkap konsep abstrak dan mengenali kondisi sosial.
Perubatan Skizofrenia Paranoid
Perubatan skizofrenia paranoid memerlukan kombinasi dari berbagai bidang, seperti doktor, terutama psikiateri, perawat, pekerja sosial, dan kaunselor atau terapis. Integrasi perubatan pesakit skizofrenia paranoid ini bertujuan agar perubatan jangka panjang pesakit dapat berjalan dengan baik dan berjaya. Perubatan dan perawatan pesakit skizofrenia boleh dilakukan di rumah. Akan tetapi, jika gejala skizofrenia yang muncul tidak terkawal dengan ubat-ubatan yang biasa diambil dan dianggap membahayakan, pesakit akan dirawat di rumah sakit.
Pesakit umumnya diberikan ubat-ubatan antispikotik untuk meredakan gejala-gejala skizofrenia seperti delusi dan halusinasi. Doktor akan memantau keberkesanan ubat-ubatan antipsikotik beserta bagi meredakan skizofrenia pada pesakit. Perlu diketahui, ubat antipsikotik yang diberikan tidak memberikan kesan secara serta merta, mengambil masa sekitar 3-6 minggu untuk melihat kesannya. Kadangkala, bahkan mencapai sehingga 12 minggu.
Belum ada penelitian yang mengatakan pilihan ubat antipsikotik yang paling tepat untuk skizofrenia. Selain keberkesanan, perlu dipertimbangkan kesan samping yang mungkin timbul akibat mengambil antipsikotik. Obat antipsikotik yang pada masa ini digunakan dibezakan menjadi ubat antipsikotik generasi pertama (tipikal) dan antipsikotik generasi kedua (atipikal). Ubat antipsikotik generasi pertama yang akan diberikan kepada penderita skizofrenia paranoid, antara lain adalah:
Chlorpromazine.
Haloperidol.
Fluphenazine.
Perphenazine.
Trifluoperazine.
Kesan samping yang akan timbul dari ubat-ubatan antipsikotik generasi pertama yang sering terjadi adalah:
Mulut kering.
Kaku.
Pergerakan menjadi lambat.
Otot lemas.
Tremor.
Gerakan berulang.
Gerakan tidak terkawal.
Ubat-ubatan antipsikotik generasi kedua memiliki kesan samping seperti di atas yang lebih ringan, namun seringkali menimbulkan peningkatan berat badan. Contoh ubat antipsikotik generasi kedua, antara lain adalah:
Clozapine.
Asenapine.
Paliperidone.
Olanazapine.
Risperidone.
Quetiapine.
Penghidap skizofrenia paranoid juga boleh mengikuti terapi kelompok dan terapi psikososial. Terapi kelompok bermanfaat bagi penderita skizofrenia. Dengan dirinya duduk bersama dengan orang-orang yang juga menderita skizofrenia, dapat menghindarkan penderita dari perasaan terisolasi. Manakala terapi psikososial bertujuan agar pesakit dapat tetap beraktiviti sehari-hari seperti biasa, meskipun menghidap skizofrenia.
Beberapa perkara lain yang dianjurkan untuk dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:
Tidur dengan cukup. Kurang tidur boleh menyebabkan gejala Paranoid lebih parah, delusi, dan halusinasi pada penderita skizofrenia.
Senaman teratur. Senaman juga dapat meningkatkan serotonin dalam tubuh yang menggalakkan perasaan tenang pada pesakit.
Mengatur tingkat stres. Sebaiknya hindari situasi yang boleh meningkatkan stres dan kecemasan. Luangkan waktu untuk berehat, seperti membaca buku, berjalan-jalan, dan meditasi.
Menjaga interaksi sosial dan mengikuti aktiviti yang melibatkan orang ramai. Aktiviti yang melibatkan orang ramai dapat menghindarkan perasaan terisolasi pada penderita skizofrenia dan mencegah gejala bertambah buruk.
Menghindari merokok, minum alkohol, atau mengambil ubat-ubatan terlarang.
Skizofrenia paranaoid merupakan gangguan yang biasanya terjadi seumur hidup dan tidak dapat pulih sempurna. Namun dengan mengesan gejala secara awal dan segera melakukan rawatan, serta dukungan dari orang keliling dapat membantu pesakit skizofrenia paranoid untuk menyesuaikan diri dengan keadaannya.
Komplikasi Skizofrenia Paranoid
Jika tidak ditangani dengan baik, skizofrenia paranoid boleh menimbulkan komplikasi, seperti:
Ketagihan alkohol.
Ketaguhan narkotin.
Depresi.
Gangguan cemas.
Menyakiti diri sendiri.
Bunuh diri.
Selain itu, penghidap skizofrenia paranoid yang tidak ditangani dengan baik memiliki risiko tinggi untuk menjadi pengangguran atau bahkan gelandangan.
Sumber:
https://www.alodokter.com/